Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Liverpool Belum Membuat Keputusan Untuk Mendapatkan Ozan Kabak Secara Tetap

Pemain itu bermain setiap perlawanan untuk menentukan masa depan beliau ketika ini. Kepercayaan peminat terhadap kebolehan Kabak semakin meningkat di Liverpool sejak terlibat dalam beberapa perlawanan sebelum ini.  Setakat ini beliau bergandingan baik bersama sama Nat Phillips, yang dilihat juga beraksi sangat baik dengan mendapat perhatian dan pujian dari peminat.  Ini menyebabkan ramai pihak mahu Klopp dan staf rekrutmen mendapatkan pemain itu secara tetap, dengan nilai pembelian secara tetap di akhir musim untuk Kabak adalah bernilai £18 juta.  Meskipun harga pembelian yang agak berbaloi, difahamkan Liverpool belum lagi membuat keputusan samada untuk mendapatkan Kabak secara tetap.  Menurut James Pearce dari The Athletics, Ozan Kabak harus membuktikan kebolehannya dalam setiap perlawanan beliau diturunkan bersama Liverpool. "Sumber dalaman kelab mendedahkan bahawa tiada keputusan yang dilakukan oleh pengurusan kelab untuk membawa masuk Ozan Kabak secara tetap selepas Mei hadapa

Marcus Rashford : "Sadio Mane Adalah Pemain Afrika Terbaik Yang Pernah Saya Hadapi".

Mane menyertai Liverpool dari Southampton pada 2016 dan telah diakui sebagai pemain serangan terbaik di dunia ketika ini. Dan penyerang Man United itu mendedahkan bahawa Sadio Mane adalah pemain Afrika terbaik yang pernah dihadapinya setakat ini.  Beliau menjaringkan 22 gol pada musim lepas dan menyumbang 12 assist, dalam usaha membantu Liverpool meraih gelaran kejuaraan liga selepas 30 tahun.  Pada 2018, Mane telah membantu Liverpool untuk meraih mata tertinggi dalam liga selain dari membantu kelab menjuarai UCL. Rashford telah berhadapan dengan beberapa pemain Afrika terbaik setakat ini seperti Yaya Toure, Mo Salah dan Pierre Emerick Aubameyang dalam EPL.  Ditanya dalam menerusi laman soal jawab Twitter, Rashford menjawab : "Saya lihat ramai pemain berbakat dari Afrika bermain di EPL sekarang. Terutama Mane". Selain itu Aubameyang juga mendedahkan pentingnya Sadio Mane sebagai ikon Afrika buat masa sekarang pada November lepas. " Sadio adalah pemain untum benua Afrika.

Richarlison : "Thiago Tidak Membalas Permohonan Maaf Saya Di IG"

Pemain Everton itu melakukan terjahan keras terhadap Thiago ketika perlawanan Merseyside Derby di Goodison Park, sekaligus menyaksikan beliau dilayangkan kad merah dan Thiago tersisih hampir 3 bulan. Dan Richarlison menyatakan reaksi yang diterima beliau daripada Thiago selepas insiden tersebut, di mana beliau mendakwa pemain tersebut bersikap dingin meskipun telah memohon maaf menerusi media sosial. Menurut Richarlison menerusi Youtube live : "Perlawanan terakhir saya bersama Thiago, berakhir dengan layangan kad merah untuk saya". "Dan saya kemudian memohon maaf kepada beliau menerusi laman Instagram. Beliau hanya membaca mesej itu. Dan ketika itu saya terfikir akan memadamkan mesej ini jika beliau tidak membalasnya". "Dan saya memadamkan mesej itu. Beliau langsung tidak membalas mesej saya". "Kemudian perlawanan derbi seterusnya berlangsung di halaman mereka. Kami tidak memandang sesama sendiri. Perlawanan berlangsung dengan baik". Richarlison

Antarabangsa : Diogo Jota dan Gini Wijnaldum Menjaringkan Gol Untuk Pasukan Kebangsaan Masing Masing

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 yang berlangsung awal pagi tadi. Wijnaldum menyumbangkan satu assist buat Steven Berghuis untuk gol pembukaan, sebelum beliau sendiri menjaringkan gol keempat untuk Netherlands bagi membantu pasukan Oranje membelasah pasukan kerdil Gibraltar.  Manakala dalam Kumpulan A, Diogo Jota menjaringkan gol penyamaan bagi membantu Portugal bangkit untuk mencatatkan kemenangan 3 - 1 dengan beliau dikeluarkan pada minit ke 68. Ozan Kabak juga melakukan penampilan penuh 90 minit dengan Turki mencatatkan keputusan seri 3 - 3 terhadap Latvia, manakala Neco William juga melakukan penampilan sepenuh masa ketika Wales mencatatkan kemenangan 1 - 0 ke atas Czech Republic.  Sadio Mane diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke 66, untuk membantu Senegal mencatatkan keputusan seri 1 - 1 ke atas Eswatini dengan perlawanan itu hanya sebagai pelengkap jadual dalam aksi kelayakan Piala Negara Afrika. ADMIN Diogo Jota on fire betul ni. YNWA.  Sumber : Liverpool FC

Ibrahima Konate Antara 5 Pemain CB Yang Disenarai Pendek Untuk Perpindahan Musim Panas

Liverpool mahu menambahbaik kualiti pada bahagian pertahanan pada musim panas hadapan. The Reds diselubungi masalah di bahagian pertahanan hampir sepanjang musim ini selepas Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip mengalami kecederaan jangka panjang.  Jurgen Klopp terpaksa menggandingkan hampir 20 pasangan CB berbeza musim ini, dengan Fabinho sentiasa diletakkan di bahagian CB hampir sepanjang musim sebagai back up plan. Liverpool akhirnya membawa masuk 2 CB di pada lewat perpindahan Januari 2021, dengan Ozan Kabak menyertai kelab secara pinjaman dengan pilihan untuk pembelian tetap dan juga mendapatkan Ben Davies dari PNE dengan nilai £500,000. Namun kelab sentiasa menambah baik kekuatan di bahagian pertahanan dan kini difahamkan sudah menyenaraikan 5 pemain CB yang bakal dibawa masuk. Salah satunya adalah Ibrahima Konate yang mempunyai klausa pelepasan setinggi £34 juta, namun sumber dalaman Liverpool ( yang pasti bukan : Sumber Saya Adalah Sumber Saya ) masih menutup mulut mengena

Liverpool FC Dalam "Perbincangan Lanjutan" Untuk Mendapatkan Ibrahima Kanote?

Jurgen Klopp kini berhadapan dengan krisis kecederaan pemain pertahanan seperti Joe Gomez dan Virgil Van Dijk, dan kini mahu menguatkan bahagian pertahanan Liverpool dalam jangka panjang. Dan menurut David Ornstein dari The Athletics, Liverpool kini sedang memuktamadkan perjanjian akhir untuk mendapatkan Ibrahima Kanote untuk perpindahan musim panas akan datang. Difahamkan perpindahan itu akan dilakukan sepantas yang boleh dan kini berada di peringkat perbincangan lanjutan. Leipzig difahamkan enggan menjual pemain ini tetapi mana mana pembeli boleh mengaktifkan klausa setinggi £33 juta (€40 juta) daripada meminta harga lebih murah daripada itu.  Leipzig kini berada di kedudukan kedua liga dan dipisahkan 4 mata dari Bayern Munich di Bundesliga faham akan situasi pemain itu dengan mereka akan melakukan perbincangan untuk melepaskan pemain itu jika klausa itu diaktifkan. Pemain berusia 21 tahun itu dibawa masuk dari Sochaux pada 2017, telah membantu kelab di bahagian pertahanan meskipun k

Ian Wright : " Layanan Gareth Southgate Terlalu Kejam Buat TAA"

Pemain pertahanan Liverpool itu digugurkan dari skuad England dengan Southgate mendakwa prestasi pemain tersebut di kelab agak menurun. Dan Ian Wright mempersoalkan keputusan Gareth Southgate yang mengugurkan Trent Alexander Arnold dari skuad England.  Pemain pertahanan Liverpool itu merupakan Pemain Muda Terbaik PFA musim lepas, yang membantu kelab menjuarai EPL kali ini telah digugurkan dari perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang San Marino, Albania dan Poland. Southgate kemudiannya membawa pemain muda Chelsea Recce James, pemain Atletico Keiran Trippier dan Man City Kyle Walker ke dalam skuad England dalam perlawanan antarabangsa kali ini.  Menurut Southgate : "Trent kurang bernasib baik, dan saya melihat beliau tidak berada di tahap prestasi sebenar beberapa tahun lepas". Namun begitu bekas pemain antarabangsa England, Ian Wright mendedahkan bahawa beliau agak keliru dengan kenyataan Southgate, sambil menyatakan bahawa pemain lain tidak menerima layanan buruk pengurus

Antarabangsa : Gol Tunggal Xherdan Shaqiri Bantu Switzerland Catat Kemenangan Ke Atas Lithuania

Jaringan itu dilakukan ketika perlawanan baru berlangsung dua minit dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022. Manakala dalam Kumpulan B, Thiago bermula dari bangku simpanan pada separuh masa kedua untuk membantu Spain bangkit dari ketinggalan dengan mencatatkan kemenangan 2 - 1 ke atas Georgia.  Andy Robertson mengetuai pasukan Scotland untuk mencatatkan keputusan seri 1 - 1 menentang Israel di halaman lawan.  Manakala kekecewaan buat Curtis Jones yang hanya diturunkan dalam separuh masa kedua untuk skuad Bawah 21 Tahun England, yang tewas 2 - 0 kepada skuad Portugal dalam kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun.  Kostas Tsimikas hanya duduk di bangku simpanan ketika Greece menewaskan Honduras 2 - 1 dalam perlawanan persahabatan  ADMIN 1 gol 2 assist sepanjang kelayakan Piala Dunia buat Shaq. YNWA. Sumber : Liverpool FC

Diogo Jota Jaringkan 2 Gol Untuk Portugal, Wijnaldum, Kabak dan William Bantu Negara Masing Masing

Jota membantu Portugal untuk seri 2 - 2 ke atas Serbia dalam Kelayakan Piala Dunia 2022. Penyerang Liverpool itu menanduk masuk 2 gol menerusi tandukan ketika separuh masa pertama untuk membolehkan Portugal mendahului 2 - 1. Beliau dikeluarkan di minit ke 85. Georginio Wijnaldum pula mengetuai pasukan Netherland untuk membantu pasukan itu mencatatkan kemenangan ke atas Latvia 2 - 0. Ozan Kabak pula bermula dari bangku simpanan yang menyaksikan pasukan Turki membelasah Norway 3 - 0. Neco Williams pula diturunkan di separuh masa kedua dengan Wales mencatatkan kemenangan 1 - 0 ke atas Mexico. ADMIN Kuat semacam Turki. Apapun the best is Diogo Jota. YNWA. Sumber : Liverpool FC

Michael Ngoo Mendedahkan Beliau Mengalami Depresi Berikutan Takel Keras VVD

Beliau bergelut dengan isu kecederaan tersebut selama 2 tahun yang memerlukan 2 pembedahan. Ngoo masa itu melakukan penampilan dengan kerap bersama Kilmarnock, dan beliau menerima terjahan keras dari VVD yang ketika itu bersama Celtic hingga memerlukam pembedahan bagi memasukkan skru untuk menyambung semula dua tulang beliau di pergelangan kaki.  Kecederaan itu memaksa beliau melupakan kariernya di Scotland, sebelum menyertai Bromley dan Oldham.  Beliau kemudiannya meninggalkan UK untuk meneruskan kariernya di tempat lain. Menurut Ngoo menerusi Planet Football : "Saya bukan sahaja tercedera secara fizikal, namun secara psikologinya tercedera juga". "Sebelum saya melalui pembedahan pertama, pakar perubatan telah memberitahu saya bahawa jika pembedahan tidak berjalan lancar, saya tidak akan bermain lagi. Ianya sangat jelas dan saya terpaksa melalui situasi sukar itu". "Saya amat tertekan dan memikirkan masa depan saya kerana saya mungkin tidak akan bermain lagi&q

Gareth Southgate : "Kami Akan Menilai Kecergasan Jordan Henderson Menjelang Euro"

Kapten Liverpool itu kini sedang menjalani pemulihan kecederaan groin. Dan pengurus England itu menyatakan beliau akan melakukan keputusan saat akhir samada mahu membawa Hendo ke dalam skuad Three Lions dalam kejohanan Euro pada musim panas hadapan. Beliau juga menjelaskan Hendo juga cuba untuk memulihkan kecergasan di penghujung musim liga kali ini - sekaligus menimbulkan keraguan berapa banyak baki perlawanan yang Hendo sempat bermain sebelum ke Euro. Menurut Southgate :  "Kami hanya dapat menyatakan yang Hendo amat optimis dengan kejayaan pembedahan beliau, dan juga nasihat pakar terhadap beliau". "Kami mengambil langkah berhati hati dalam jenis kecederaan itu, terdapat garis panduan dan tempoh masa yang diperlukan namun apa apa boleh terjadi dalam tempoh tersebut". "Kami juga tahu kecederaan itu bakal pulih di akhir musim, dan kami akan lihat bagaimana situasi ketika itu". "Beliau akan diberikan peluang yang lebih sepertimana yang dimahu. Namun be

Sadio Mane Bercakap Mengenai Musim Yang Sukar Dan Tugasan Untuk Mencari Jalan Penyelesaian

Dan beliau menegaskan seluruh pemain dalam bilik persalinan masih percaya masa depan kelab amat cerah ketika ini.  Pemain sayap Liverpool itu mendedahkan kelab kini bergelut dalam situasi sukar dengan berhadapan dengan krisis kecederaan serta rekod yang tidak baik ketika bermain di halaman sendiri dalam EPL, di mana mereka sukar untuk mempertahankan kejuaraan dan juga bergelut untuk meraih slot Top 4 EPL buat masa sekarang. Namun beliau menegaskan Jurgen Klopp dan rakan sepasukan masih cuba untuk keluar dari kemelut prestasi tersebut dan mengakui masih berbangga menjadi pemain Liverpool seperti sebelumnya. Menurut Mane : "Secara jujurnya kami bergelut dengan prestasi dan ianya berlaku dalam hampir semua pasukan bolasepak, ianya sebahagian daripada bolasepak". "Kami harus mencari jalan untuk memperbaiki situasi itu dengan tidak pernah berputus asa, berjuang sebaiknya, sentiasa bermotivasi dan mahu terus meningkatkan prestasi". "Sebagai pemain anda tidak seharusn

LMREDS Fantasy : Juara Bulanan Februari - Mac 2021

Penguasaan bertukar tangan untuk tempoh 2 bulan ini.  Untuk kategori Liga Classic, pasukan Aman Graseka 777 telah mengungguli takhta liga hingga penghujung Mei. Diikuti rapat oleh Ipoh Predator dengan hanya dipisahkan 5 mata. Berikut adalah link untuk kedudukan Liga Classic untuk bulan Mac.  Manakala untuk Liga H2H, pasukan Sabrutal FC sukar digugat oleh mana mana pasukan dengan meninggalkan pasuka tempat kedua dan ketiga dengan jurang 6 mata. Berikut adalah link untuk kedudukan Liga H2H. ADMIN Final 2 bulan lagi untuk menentukan kedudukan liga anda. YNWA. 

Ki Jana Hoever Tidak Menyesal Meninggalkan Liverpool FC

Beliau sukar untuk menempatkan diri dalam skuad senior Liverpool dan mendapati beliau lebih banyak mendapat peluang bermain di Wolves. Dan beliau mendedahkan bahawa meninggalkan Liverpool untuk menyertai Wolves adalah pilihan terbaik yang pernah beliau lakukan sepanjang kariernya.  Beliau merupakan prospek pemain remaja ketika bersama Ajax dan Liverpool membawa masuk pemain itu ketika berusia 16 tahun, dan telah diturunkan sekali dalam skuad senior Liverpool ketika aksi menentang Wolves ketika Piala FA 2019.  Persembahan beliau amat menbanggakan, tetapi mendapati sukar untuk menembusi skuad utama Liverpool dan kelab bersetuju untuk melepaskan beliau ke Wolves musim panas lepas dengan nilai £11 juta.  Setelah menyertai Wolves, beliau sering diturunkan dalam kesebelasan utama dan meskipun Liverpool kini mengalami masalah di bahagian pertahanan, Ki Jana Hoever tidak menyesal meninggalkan The Reds. Hoever menerusi Goal :  "Ianya bukan pilihan yang mudah namun ianya mudah untuk saya. S

Liverpool Bakal Kehilangan Khidmat Mo Salah, Sadio Mane dan Keita Pada Pertengahan 2021/2022

Egypt mengesahkan tempat ke Kejohanan Negara Afrika di Cameroon pada 2022 meskipun hanya mencatatkan keputusan seri 1 - 1 dengan Kenya. Mo Salah bermain masa penuh ketika perlawanan berlangsung di Nairobi, dengan skuad kendalian Hossam El Badry hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke kejohanan tersebut.  Keputusan itu meletakkan Egypt di tangga teratas kumpulan G, dengan Kenya dan Togo tidak mampu berbuat apa apa lagi untuk menghalang kemaraan Egypt bersama sama Comoros. Senegal sudah menempah slot ke kejohanan tersebut lebih awal dengan Guinea juga telah layak pada Rabu lepas dengan menewaskan Mali 1 - 0, yang menyaksikan Naby Keita bermain 90 minit.  Kini Egypt telah menyertai Senegal, Guinea, Comoros, Mali, Burkina Faso, Algeria, Tunisia dan tuan rumah Cameroon dalam kejohanan tersebut. Dengan kejohanan Piala Negara Afrika yang akan kembali bermain pada Januari dan Februari hadapan, maka Liverpool berisiko untuk kehilangan Mo Salah, Mane dan Naby Keita ketika itu.  Sebelum in

Shaq, Jones, Robbo, Salah, Thiago dan Tsimikas Beraksi Dalam Perlawanan Antarabangsa

Kesemua pemain itu melakukan penampilan bersama pasukan kebangsaan masing masing. Shaq menyumbangkan dua assist dalam 75 minit penampilan buat Switzerland menumpaskan Bulgaria 3 - 1, manakala Thiago dan Tsimikas berhadapan sesama sendiri ketika aksi Spain dan Greece yang berkesudahan seri 1 - 1. Tsimikas dibawa keluar pada minit ke 80, sejurus selepas Thiago dimasukkan. Andy Robertson pula mengetuai pasukan kebangsaan ketika Scotland seri 2 - 2 dengan Austria, manakala Mo Salah melakukan penampilan ketika Egypt seri 1 - 1. Kedua dua pemain bermain penuh perlawanan. Manakala Curtis Jones pula melakukan penampilan di separuh masa kedua dalam skuad bawah 21 Tahun England, dengan pasukan itu tewas di tangan pasukan Swiss bawah 21 Tahun. ADMIN Diharap mereka pulang tanpa kecederaan serius. YNWA.  Sumber : Liverpool FC

Joe Gomez Melakukan "Langkah Besar" Dalam Pemulihan Kecederaan

Beliau kini sudah mula melakukan pemulihan bersama bola dan juga berjogging di Kirkby. Gomez sebelum ini telah mengalami kecederaan tendon lutut ketika menjalani sesi latihan bersama skuad England dan dijangka akan terus tersisih sepanjang musim ini. Ianya satu tamparan hebat buat pemain dan kelab, namun kini telah menjalani latihan pemulihan kecergasan bersama sama Virgil Van Dijk.  Van Dijk kini telah menjalani pemulihan untuk melakukan dan berkemungkinan masih boleh diturunkan si lewat musim namun Gomez juga dilihat memulakan langkah besar dalam pemulihan beliau.  Pendekatan Gomez dilihat sebagai "langkah demi langkah" tetapi ianya satu perkembangan positif untuk beliau pulih sepenuhnya. Minggu lepas Klopp mendedahkan bahawa Virgil dan Gomez berkemungkinan besar tidak akan menyertai Euro 2021, selain daripada perkembangan pemulihan Joel Matip.  Pengurus itu mendedahkan bahawa Joel belum lagi sampai ke tahap sesi pemulihan Virgil Van Dijk dan Joe Gomez, dengan menyatakan Vi

"Tugas Beliau Belum Berakhir Di Liverpool" - Ejen Jurgen Klopp

Masa depan pengurus Liverpool ini menjadi spekulasi sejak akhir akhir ini, dengan kontrak beliau dijadualkan berakhir pada 2024. Dan ejen Klopp menjelaskan situasi yang menyelubungi pengurus Liverpool ini sejak akhir akhir ini dengan terdapat dakwaan beliau akan meninggalkan Liverpool dalam masa terdekat. Persembahan dan keputusan kelab, serta pengurus Germany Joachim Low yang akan meninggalkan skuad kebangsaan pada musim panas ini menimbulkan spekulasi bahawa Klopp akan meninggalkan Liverpool. Antara calon calon yang tersenarai selain Klopp adalah pengurus Leipzig Julian Nagelsmann, dan Klopp sendiri telah menepis spekulasi beliau akan meninggalkan Liverpool dalam musim panas hadapan. Kontrak Klopp bersama Liverpool hanya akan berakhir pada 2024, yang sebelum ini telah menjadi pengurus Mainz dan Borussia Dortmund. Dan ejen kepada Klopp, Marc Kosicke telah mendedahkan bahawa masa depan pengurus itu tidak berakhir dalam masa terdekat dan tugasnya belum selesai di Anfield. Kosicke meneru

Jurgen Klopp : "Semuanya Mengenai Keputusan Perlawanan"

Beliau mendedahkan 3 mata yang "kotor" ini adalah untuk membolehkan Liverpool kembali memburu slot Top 4. Liverpool hanya mencatatkan satu kemenangan dari 7 perlawanan liga sebelum bertandang ke Molineaux, namun masih dibayangi kejayaan ke peringkat Suku Akhir UCL setelah membenam cabaran RB Leipzig minggu lepas.  Dengan Klopp tidak mengubah barisan kesebelasan utamanya sejak perlawanan menentang Leipzig, misi Liverpool adalah jelas untuk mendapatkan 3 mata dan akan berehat selama 3 minggu dari perlawanan.  Menurut Klopp menerusi Sky Sports : "Semuanya adalah berkaitan dengan keputusan perlawanan". "Perlawanan yang sengit. 3 mata yang agak dirty, saya gembira dengan keputusan perlawanan ini yang membolehkan anda kembali ke landasan kemenangan semula". "Kami mempunyai momen terbaik untuk menambah gol dan melakukan serangan, dan bertahan juga amat baik". "Permulaan perlawanan yang tidak saya sukai, kami tidak cukup aktif dalam memulakan permai

Nuno Espirito Santo : Rui Patricio "Okay"

Beliau dibawa keluar menggunakan pengusung setelah bertembung dengan lutut kapten pasukan Conor Coady.  Dan selepas perlawanan, pengurus Wolves itu memaklumkan bahawa beliau telah sedar dan okay menerusi media selepas perlawanan. Sebelum itu penyerang utama mereka, Raul Jimenez telah mengalami kecederaan kepala ketika menentang Arsenal pada November lepas dan kini menjalani pemulihan.  Menurut Nuno : " Rui Patricio okay". "Beliau telah sedarkan diri, dan mula ingat mengenai situasi yang melanda beliau". "Penilaian pakar perubatan juga menyatakan beliau tidak mengalami apa apa kecederaan serius". Dalam situasi tersebut, Mo Salah telah menjaringkan gol kedua yang telah didapati berada dalam kedudukan ofsaid, dan Patricio keluar dari posisinya untuk menghalang percubaan itu dan berlaga dengan lutut Conor Coady. Bendera di pembantu pengadil tidak akan diangkat hanya selepas Mo Salah menjaringkan gol, tetapi ianya masih suatu tanda tanda bahawa adakah keputusan

Jaringan Tunggal Diogo Jota Memastikan Liverpool FC Meraih 3 Mata Di Molineaux

Perlawanan yang cukup mendebarkan dengan berlanjutan hingga melebihi minit ke 100 berikutan kecederaan Rui Patricio. Jurgen Klopp menyenaraikan Ozan Kabak dan Nat Phillips untuk bergandingan di barisan pertahanan, dengan Fabinho di tengah manakala Jota - Salah - Mane di barisan hadapan. Manakala Wolves menurunkan barisan pemain terbaik dengan hanya beberapa pemain seperti Raul Jimenez dan Daniel Podence yang tersisih akibat kecederaan.  Wolves memulakan permainan yang pantas dari sebelah sayap kanan apabila Semedo mempunyai peluang untuk membuka gol seawal minit keempat, tetapi menyaksikan rembatan beliau ditepis Alisson. Perlawanan lebih banyak dikuasai oleh Wolves dengan gerakan gerakan pantas di bahagian sayap oleh Pedro Neto dan Adama Traore, namun kerapkali dinafikan oleh ketumpulan penyudah dan final pass mereka sendiri.  Liverpool pula bergelut untuk mendapatkan rentak dengan tempo pantas Wolves, dengan percubaan pertama hanya hadir pada minit ke 37 menerusi tandukan jarak dekat

Link Live Streaming : Wolves vs Liverpool FC

Setakat ini hanya dua link live streaming untuk tontonan anda awal pagi esok.  https://www.streamsports.in/broadcast-channel-list-3/ https://www.goforsports.net/2021/03/lfc-wol/ ADMIN Selamat menonton. YNWA. 

Nuno Espirito Santo : Diogo Jota Dan Fabinho Adalah Pemain Istimewa Buat Saya

Pengurus Wolves itu bersedia untuk menerima kembali Diogo Jota di Molineaux dan mendedahkan karier awal Fabinho sebagai bek kanan. Dan Nuno menyatakan tidak kira apa keputusan yang berlaku, beliau akan memeluk Jota dengan Wolves amat bersedia dengan keupayaan pemain itu selama ini.  Sebelum ini Jota telah menjaringkan 44 gol dari 131 penampilan bersama Wolves, dengan jaringan hatrik ketika menentang Besiktas dan Espanyol dalam kempen Europa League musim lepas. Jota sebelum itu telah dipinjamkan oleh Atletico Madrid untuk menghadapi kempen 2017 2018 bersama Wolves, ketika itu berada di Liga Championship sebelum melakukan perpindahan tetap pada 2018 dengan nilai £12.8 juta.  Beliau akhirnya menyertai Liverpool pada musim ini dengan nilai £41 juta dan akan kembali ke Molineaux awal pagi esok.  Menurut Nuno :  "Saya akan memberikan beliau pelukan, ataupun ciuman - dan saya amat menyayangi beliau". "Saya akan memeluk beliau sebelum perlawanan dan selepas perlawanan tidak kira

Pedro Neto Kecewa Tidak Dapat Berhadapan Dengan VVD dan Joe Gomez

Beliau mahu menguji keupayaan pertahanan Liverpool dalam perlawanan di Molineaux awal pagi esok namun hasrat beliau tidak tercapai berikut krisis kecederaan The Reds. Neto adalah pemain yang sedang menyerlah di bawah Nuno Espirito Santo di Wolves. Namun beliau mahu menguji sejauh mana keupayaan dirinya dengan menentang barisan pertahanan terbaik di England pada musim lepas. Menurut Neto : "Saya lebih suka berhadapan dengan Van Dijk dan Joe Gomez, kerana saya mahu mengatasi pemain terbaik dan itu akan menguji keupayaan saya". "Apakah yang menyeronokkan dalam bolasepak? Bila anda menentang antara pemain terbaik.  Sebab itu saya berada di liga ini, untuk melihat sejauh mana saya mampu menjalankan tugas saya dan bermain lebih bebas". Keyakinan yang dimiliki pemain itu menjadi salah satu faktor mengapa beliau sentiasa menjadi pilihan buat Nuno Espirito Santo.  Rakan sepasukan beliau seperti Ruben Neves sering memberikan pujian terhadap beliau dengan menyatakan Pedro Neto

Nat Phillips Adalah Contoh Mengapa Pemain Memerlukan Masa Dan Peluang Yang Tepat

Beliau hampir meninggalkan Liverpool musim ini namun mendapati beliau kini mendapat peluang yang cukup besar untuk menempatkan diri dalam skuad utama. Perpindahan beliau ke Swansea City gagal termeterai, dan beliau dijangka menjadi pilihan CB keenam di belakang VVD, Joe Gomez, Joel Matip, Fabinho dan juga Rhys William yang sering diturunkan dalam kejohanan domestik.  Dan pada Rabu lepas, hampir 5 bulan sebelum beliau hampir menemui jalan keluar akhirnya beliau menunjukkan apa yang beliau miliki untuk membantu Liverpool mengatasi RB Leipzig dalam UCL. Cerita menarik beliau ini seolah olah mengimbau kembali kepada dua bekas pemain Liverpool yang dijangka diturunkan menentang kelab asal mereka awal pagi esok. Ya benar sudah semestinya Conor Coady dan Ki Jana Hoever yang semestinya memikirkan apakah masa depan mereka di Anfield jika diberikan peluang yang sama seperti Nat Phillips. Ketika Van Dijk dan Joe Gomez berada dalam skuad Liverpool musim lepas, Ki Jana Hoever hanya disenaraikan sek

Jurgen Klopp Memberikan Gambaran Posisi Fabinho Menjelang Pertemuan Ke Atas Wolves

Liverpool berjaya mengatasi cabaran Leipzig di UCL pertengahan minggu lepas namun harus membawa semangat itu menjelang perlawanan EPL di Molineaux. Dan Jurgen Klopp memberikan gambaran posisi Fabinho menjelang perlawanan tersebut, setelah pemain itu dinobatkan sebagai MOTM dalam perlawanan menentang Leipzig.  Pemain itu bermain di posisi asal dan memberikan corak permainan berbeza ketika perlawanan tersebut. Nat Phillips dan Ozan Kabak digandingkan di posisi pertahanan dan beraksi dengan baik manakala Fabinho bermain di posisi 6, sekaligus memberikan peluang Wijnaldum beraksi di posisi lebih hadapan dan Thiago banyak bergerak di kawasan serangan. Dan Klopp mengakui meletakkan Fabinho di posisi asalnya membolehkan seluruh pasukan memberikan prestasi yang berbeza. Menurut Klopp : "Saya ingin menyatakan Gini bermain dengan agak baik". "Jika kami meletakkan Gini di posisi 6, kami kehilangan khidmat beliau di posisi 8. Jadi semua masalah dapat diselesaikan sebelum ini".

Jurgen Klopp Berharap Joe Gomez, Virgil Van Dijk Dan Joel Matip Pulih Menjelang Latihan Pramusim

Ketiga tiga pemain pertahanan itu telah tersisih musim ini selepas mengalami kecederaan jangka panjang. Jurgen Klopp masih menanti situasi terkini mengenai kecederaan pemain tersebut untuk diberikan minit beraksi di penghujung musim. Van Dijk masih tersenarai dalam skuad Liverpool untuk kejohanan UCL, meskipun berkemungkinan besar beliau tidak akan beraksi semula pada musim ini.  Dan Klopp mendedahkan Virgil Van Dijk dan Joe Gomez berada dalam situasi baik ketika menjalani pemulihan berbanding Matip yang baru berada di fasa permulaan pemulihan. Menurut Klopp : "Kami masih berharap mereka akan bersedia menjelang latihan pramusim hadapan. Itu yang kami harapkan". "Namun kita jangan lupa bahawa mereka telah mengalami kecederaan yang serius". "Virgil dan Joe berada dalam situasi lebih baik dari Matip, Matip masih menggunakan kasut pelindung kaki. Namun beliau berada di sini". "Virgil telah memulakan latihan larian, Joe juga begitu namun semuanya nampak su

Roberto Firmino Masih Mempunyai Peluang Untuk Diturunkan Menentang Wolves

Pemain dari Brazil itu telah terlepas 2 perlawanan sebelum ini berikutan kecederaan. Firmino telah terlepas perlawanan menentang Fulham minggu lepas dan juga aksi UCL menentang RB Leipzig pertengahan minggu ini, namun Klopp mendedahkan pemain itu belum tersisih untuk perlawanan menentang Wolves. Beliau tersisih berikutan kecederaan pada lutut dan buat pertama kali pemain ini tersisih akibat kecederaan sejak 2 tahun. Walaupun beliau mengalami prestasi tidak menentu, namun beliau sering diturunkan dalam kesebelasan utama di bawah Klopp pada musim ini. Klopp berharap dapat menurunkan pemain ini dan akan menggunakan peluang dua hari ini untuk memantau kecergasan pemain dari Brazil tersebut. Menurut Klopp : "Kita akan lihat semula. Bobby tidak menjalani latihan bersama skuad pada hari ini, namun kami masih mempunyai 2 hari lagi. Selepas sidang media, akan ada mesyuarat dengan pihak perubatan kelab". "Mereka akan memberikan informasi mengenai situasi ini. Kita akan tahu bagaim

Liverpool FC Bakal Kehilangan £50 Juta Jika Gagal Layak Ke UCL Musim Hadapan

Situasi Liverpool untuk meraih tempat sekurang kurangnya Top 4 amat sukar buat masa sekarang. Ketika ini Liverpool telah melalui kempen liga yang mengecewakan dengan berada di tangga kelapan buat masa sekarang. Kelayakan ke UCL juga amat sukar apabila dipisahkan 7 mata dari pasukan tangga keempat liga, Chelsea dan berdasarkan situasi sekarang Liverpool sukar untuk bangkit dan merebut kedudukan bersama pasukan dari London tersebut. Penilaian awal impak kewangan sekiranya gagal ke UCL musim depan, adalah berjumlah kira kira £50 juta.  Namun The Athletics percaya Liverpool akan kehilangan sekurang kurangnya £50 juta meskipun layak ke Europa League musim hadapan. Tetapi Liverpool dikawal oleh klausa tertentu terhadap pemain dan staf, termasuk pengurangan peratusan gaji jika gagal layak ke UCL musim hadapan.  Liverpool juga tidak dikenakan klausa penalti dalam perjanjian bersama penaja jersi Nike berjumlah £30 juta jika gagal layak ke UCL musim hadapan. Namun klausa itu akan berubah jika Li