Skip to main content

Jaringan Tunggal Diogo Jota Memastikan Liverpool FC Meraih 3 Mata Di Molineaux

Perlawanan yang cukup mendebarkan dengan berlanjutan hingga melebihi minit ke 100 berikutan kecederaan Rui Patricio.


Jurgen Klopp menyenaraikan Ozan Kabak dan Nat Phillips untuk bergandingan di barisan pertahanan, dengan Fabinho di tengah manakala Jota - Salah - Mane di barisan hadapan.


Manakala Wolves menurunkan barisan pemain terbaik dengan hanya beberapa pemain seperti Raul Jimenez dan Daniel Podence yang tersisih akibat kecederaan. 


Wolves memulakan permainan yang pantas dari sebelah sayap kanan apabila Semedo mempunyai peluang untuk membuka gol seawal minit keempat, tetapi menyaksikan rembatan beliau ditepis Alisson.

Perlawanan lebih banyak dikuasai oleh Wolves dengan gerakan gerakan pantas di bahagian sayap oleh Pedro Neto dan Adama Traore, namun kerapkali dinafikan oleh ketumpulan penyudah dan final pass mereka sendiri. 

Liverpool pula bergelut untuk mendapatkan rentak dengan tempo pantas Wolves, dengan percubaan pertama hanya hadir pada minit ke 37 menerusi tandukan jarak dekat oleh Mane namun tersasar. 

Peluang keemasan untuk Wolves mendahului di minit ke 44, menerusi hantaran lintang cantik Otto kepada Neves yang tidak dikawal di luar petak dipersia siakan apabila rembatan pemain itu hanya sipi dari pintu gol.

Liverpool akhirnya mendahului apabila Salah - Mane dan Jota bertukar hantaran di hadapan petak dan bekas pemain Wolves itu melakukan rembatan leret kencang menewaskan Rui Patricio di penghujung babak pertama. 

Bersambung babak kedua, Wolves semakin agresif dalam membina serangan dengan beberapa percubaan liar di awal separuh masa. 

Sadio Mane mempunyai peluang di minit 63, hasil second ball yang ditanduk Thiago ke arah beliau tetapi Rui Patricio lebih pantas. 

Klopp kemudian mengeluarkan Thiago yang dilayangkan kad kuning, dengan menggantikan beliau untuk Keita dan membawa masuk Milner bagi menggantikan Wijnaldum pada minit ke 65.

Satu satunya percubaan tepat Wolves di separuh masa kedua adalah menerusi Adama di minit ke 72, tetapi mudah buat Alisson. 

Liverpool juga agresif dalam mencari gol kedua, dengan dua percubaan dalam masa dua minit dengan Mane yang mendapat bola dari Milner melakukan rembatan tetapi tepat ke Rui Patricio.

Selepas itu juga menyaksikan percubaan Mo Salah dari sudut sukar ditepis Rui Patricio. 

Alex Oxlade dibawa masuk menggantikan Jota pada minit ke 80, dan beliau hampir memberikan Mo Salah peluang menjaringkan gol kedua tetapi dibatalkan kerana ofsaid. 

Ketika itu ianya menyaksikan juga Rui Patricio terbaring di padang, dengan pihak perubatan dibawa masuk dan mengusung beliau keluar apabila berlaga dengan Coady sambil menyaksikan masa permainan berlanjutan hingga ke minit 107. 

Salah mempunyai peluang lagi untuk menambah gol menerusi percubaan lambung di minit ke 103, namun sipi dari pintu gol dengan Liverpool kental bertahan di hujung permainan hingga wisel penamat dibunyikan.

ADMIN

Well done Liverpool FC. Get well soon Rui Patricio. YNWA 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football