Kapten Liverpool itu kini sedang menjalani pemulihan kecederaan groin.
Dan pengurus England itu menyatakan beliau akan melakukan keputusan saat akhir samada mahu membawa Hendo ke dalam skuad Three Lions dalam kejohanan Euro pada musim panas hadapan.
Beliau juga menjelaskan Hendo juga cuba untuk memulihkan kecergasan di penghujung musim liga kali ini - sekaligus menimbulkan keraguan berapa banyak baki perlawanan yang Hendo sempat bermain sebelum ke Euro.
Menurut Southgate :
"Kami hanya dapat menyatakan yang Hendo amat optimis dengan kejayaan pembedahan beliau, dan juga nasihat pakar terhadap beliau".
"Kami mengambil langkah berhati hati dalam jenis kecederaan itu, terdapat garis panduan dan tempoh masa yang diperlukan namun apa apa boleh terjadi dalam tempoh tersebut".
"Kami juga tahu kecederaan itu bakal pulih di akhir musim, dan kami akan lihat bagaimana situasi ketika itu".
"Beliau akan diberikan peluang yang lebih sepertimana yang dimahu. Namun beliau kini kekurangan minit perlawanan yang bertekanan tinggi".
"Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, namun buat masa sekarang keputusan adalah dalam beberapa minggu mendatang".
Henderson telah mengalami kecederaan groin ketika kekalahan Liverpool dalam Merseyside Derby pada Februari dan telah menjalani pembedahan untuk kecederaan tersebut.
Tiada sela masa diberikan untuk pemulihan kecederaan tersebut namun sebelum ini kelab telah menyatakan bahawa Hendo akan pulih dalam sekitar akhir Mac.
Namun ketika ini Liverpool terpaksa menanti lagi untuk beberapa minggu sebelum Hendo kembali menjalani latihan seperti biasa, dengan Southgate menyatakan Hendo mungkin akan pulih ketika menjelang semi final UCL jika Liverpool mampu menewaskan Real Madrid.
ADMIN
Perlukan masa juga. Tapi kalau betul cergas seperti sebelumnya mungkin dibawa dalam skuad England. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment