Beliau hampir meninggalkan Liverpool musim ini namun mendapati beliau kini mendapat peluang yang cukup besar untuk menempatkan diri dalam skuad utama.
Perpindahan beliau ke Swansea City gagal termeterai, dan beliau dijangka menjadi pilihan CB keenam di belakang VVD, Joe Gomez, Joel Matip, Fabinho dan juga Rhys William yang sering diturunkan dalam kejohanan domestik.
Dan pada Rabu lepas, hampir 5 bulan sebelum beliau hampir menemui jalan keluar akhirnya beliau menunjukkan apa yang beliau miliki untuk membantu Liverpool mengatasi RB Leipzig dalam UCL.
Cerita menarik beliau ini seolah olah mengimbau kembali kepada dua bekas pemain Liverpool yang dijangka diturunkan menentang kelab asal mereka awal pagi esok.
Ya benar sudah semestinya Conor Coady dan Ki Jana Hoever yang semestinya memikirkan apakah masa depan mereka di Anfield jika diberikan peluang yang sama seperti Nat Phillips.
Ketika Van Dijk dan Joe Gomez berada dalam skuad Liverpool musim lepas, Ki Jana Hoever hanya disenaraikan sekali dalam skuad utama Liverpool sepanjang musim - ketika menentang Watford.
Pemain dari Belanda itu melakukan penampilan dalam Carabao Cup dan Piala FA, menjaringkan gol ketika menentang MK Dons namun mendapati peluang beliau bermain amat terhad dan akhirnya menyertai Wolves.
Ketika itu Ki Jana mempunyai kontrak dua tahun bersama Liverpool, dengan Juventus dan Atletico Madrid telah menyatakan hasrat mendapatkan pemain itu namun Wolves dengan pantas memuktamadkan perjanjian.
Perpindahan itu nyata sesuatu yang berbaloi buat beliau, di mana telah melakukan 12 penampilan dan kali terakhir diturunkan ketika menentang Man City.
Jika beliau masih kekal di Anfield, boleb dikatakan Ki Jana akan berada di hadapan Rhys William dan Nat Phillip berdasarkan laporan dari staf kejurulatihan di atas prestasi beliau.
Manakala Coady pula hampir 8 tahun meninggalkan Liverpool, dengan sebelum itu dipinjamkan ke Sheffield United sebelum menyertai Huddersfield secara tetap dan kemudiannya ke Wolves.
Pemain itu hanya melakukan penampilan selama sejam ketika menentang Anzhi dalam Europa League, dan hanya bermain seminit dalam aksi menentang Fulham pada musim yang sama.
Ketika itu Jamie Carragher, Martin Skrtel dan Daniel Agger mendominasi peluang dalam pertahanan tengah ketika kelab di bawah Brendan Rodgers.
Namun ketika itu beberapa pemain lain seperti Andre Wisdom dan Martin Kelly diberikan lebih minit permainan berbanding Conor Coady ketika itu.
Kedua dua pemain tersebut kini beraksi dengan Derby County dan Crystal Palace, namun jawapan berbeza buat Conor Coady yang kini adalah kapten kelab dan pemain antarabangsa England.
Mungkinkah Coady sepatutnya diberikan peluang dan masa untuk membuktikan dirinya di Anfield dahulu? Ataupun kebetulan krisis kecederaan musim ini membuka ruang kepada Nat Phillips secara kebetulan?
ADMIN
Liverpool akan menentang Wolves awal pagi esok. Diharap Nat Phillips akan diturunkan dan mengambil peluang ini sebaiknya. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment