Skip to main content

Roberto Firmino Masih Mempunyai Peluang Untuk Diturunkan Menentang Wolves

Pemain dari Brazil itu telah terlepas 2 perlawanan sebelum ini berikutan kecederaan.


Firmino telah terlepas perlawanan menentang Fulham minggu lepas dan juga aksi UCL menentang RB Leipzig pertengahan minggu ini, namun Klopp mendedahkan pemain itu belum tersisih untuk perlawanan menentang Wolves.

Beliau tersisih berikutan kecederaan pada lutut dan buat pertama kali pemain ini tersisih akibat kecederaan sejak 2 tahun.

Walaupun beliau mengalami prestasi tidak menentu, namun beliau sering diturunkan dalam kesebelasan utama di bawah Klopp pada musim ini.

Klopp berharap dapat menurunkan pemain ini dan akan menggunakan peluang dua hari ini untuk memantau kecergasan pemain dari Brazil tersebut.

Menurut Klopp :

"Kita akan lihat semula. Bobby tidak menjalani latihan bersama skuad pada hari ini, namun kami masih mempunyai 2 hari lagi. Selepas sidang media, akan ada mesyuarat dengan pihak perubatan kelab".

"Mereka akan memberikan informasi mengenai situasi ini. Kita akan tahu bagaimana, ada dua hari lagi".

"Pemain lain nampak okay buat masa sekarang".

Dengan Diogo Jota kini kembali dari kecederaan, Klopp kebiasaannya tidak menurunkan pemain yang baru kembali dari kecederaan untuk memberikan peluang kembali ke tahap kecergasan sebenar.

Dijangka Sadio Mane, Mo Salah dan Diogo Jota akan menjadi pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pada awal pagi Selasa nanti.

Selain itu Firmino boleh menjalani latihan kecergasan di kelab apabila CONMEBOL membatalkan semua perlawanan antarabangsa di Amerika Selatan buat masa sekarang. 

Dengan Piala FA bukan lagi dalam agenda Liverpool, mereka mempunyai 18 hari untuk melakukan persiapan selepas perlawanan Wolves dan menentang Arsenal pada awal April.

ADMIN

Boleh direhatkan dahulu. Panjang lagi masa. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan