Skip to main content

Ian Wright : " Layanan Gareth Southgate Terlalu Kejam Buat TAA"

Pemain pertahanan Liverpool itu digugurkan dari skuad England dengan Southgate mendakwa prestasi pemain tersebut di kelab agak menurun.


Dan Ian Wright mempersoalkan keputusan Gareth Southgate yang mengugurkan Trent Alexander Arnold dari skuad England. 

Pemain pertahanan Liverpool itu merupakan Pemain Muda Terbaik PFA musim lepas, yang membantu kelab menjuarai EPL kali ini telah digugurkan dari perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang San Marino, Albania dan Poland.

Southgate kemudiannya membawa pemain muda Chelsea Recce James, pemain Atletico Keiran Trippier dan Man City Kyle Walker ke dalam skuad England dalam perlawanan antarabangsa kali ini. 

Menurut Southgate :

"Trent kurang bernasib baik, dan saya melihat beliau tidak berada di tahap prestasi sebenar beberapa tahun lepas".

Namun begitu bekas pemain antarabangsa England, Ian Wright mendedahkan bahawa beliau agak keliru dengan kenyataan Southgate, sambil menyatakan bahawa pemain lain tidak menerima layanan buruk pengurus itu berbanding TAA.

Wright mendedahkan bahawa beliau harus bersikap telus terhadap TAA, dengan menyatakan beliau mempunyai pilihan lebih baik di posisi itu.

Menurut Wright menerusi ITV :

"Dalam tahap kejohanan ini, saya tidak menafikan Recce James telah meningkat naik".

"Saya melihat sebelum James Justin mengalami kecederaan, beliau telah dibawa ke dalam skuad. Saya amat keliru dengan kenyataan Southgate".

"Beliau menyatakan mengenai prestasi pemain, tetapi kita juga melihat pemain yang berada dalam skuad beliau juga tidak berprestasi baik. Apa yang TAA lalui bermula dengan prestasi yang baik, kemudian dilanda kecederaan, pemain gandingan beliau tidak bersama, pemain tengah gagal memberikan sokongan ketika beliau bermain, itu semuanya mempengaruhi prestasi semasa beliau".

"Ya memang benar prestasi beliau menurun sejak akhir akhir ini namun jika melihat pemain dalam skuad kebangsaan juga beraksi tidak baik, ianya kejam buat Trent".

"Terus katakan sahaja, saya tidak mahu membawa anda disebabkan pemain ini ini dan ini. Daripada memperkatakan tentang prestasi. Ianya amat kejam".

Kali terakhir TAA bermain untuk skuad England adalah pada Oktober tahun lepas, ketika kemenangan 2 - 1 ke atas Belgium dalam Europa League.

ADMIN

Bolasepak itu kejam. TAA tahu. Tetapi ada baiknya beliau hanya di kelab.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football