Beliau mahu menguji keupayaan pertahanan Liverpool dalam perlawanan di Molineaux awal pagi esok namun hasrat beliau tidak tercapai berikut krisis kecederaan The Reds.
Neto adalah pemain yang sedang menyerlah di bawah Nuno Espirito Santo di Wolves.
Namun beliau mahu menguji sejauh mana keupayaan dirinya dengan menentang barisan pertahanan terbaik di England pada musim lepas.
Menurut Neto :
"Saya lebih suka berhadapan dengan Van Dijk dan Joe Gomez, kerana saya mahu mengatasi pemain terbaik dan itu akan menguji keupayaan saya".
"Apakah yang menyeronokkan dalam bolasepak? Bila anda menentang antara pemain terbaik. Sebab itu saya berada di liga ini, untuk melihat sejauh mana saya mampu menjalankan tugas saya dan bermain lebih bebas".
Keyakinan yang dimiliki pemain itu menjadi salah satu faktor mengapa beliau sentiasa menjadi pilihan buat Nuno Espirito Santo.
Rakan sepasukan beliau seperti Ruben Neves sering memberikan pujian terhadap beliau dengan menyatakan Pedro Neto mungkin merupakan calon pemain terbaik kelab musim ini. Manakala kapten Conor Coady juga sering mengingatkan beliau betapa jauhnya perubahan prestasi beliau bersama Wolves.
Tambah Neto :
"Saya tidak tahu bagaimana mahu menyatakan tetapi saya tidak ambil pusing mengenai itu. Saya mahu menjadi yang terbaik dan saya tidak suka memuji diri sendiri".
"Jika pemain lain memuji saya, saya hanya berterima kasih dengan pengiktirafan itu".
"Coady sering menyatakan, lihat bagaimana prestasi anda di umur sebegini. Saya hanya mengucapkan terima kasih dan tak perlu memuji secara berlebihan walaupun ianya bagus untuk didengari".
Neto setakat ini telah menjaringkan 5 gol dan 5 assist, dengan Graeme Souness mendedahkan bahawa pemain itu ditakdirkan akan menyertai kelab besar di masa akan datang.
ADMIN
Next sezen boleh berhadapan dengan VVD dan Joe. Nice word. Liverpool? Haha.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment