Skip to main content

Liverpool Belum Membuat Keputusan Untuk Mendapatkan Ozan Kabak Secara Tetap

Pemain itu bermain setiap perlawanan untuk menentukan masa depan beliau ketika ini.


Kepercayaan peminat terhadap kebolehan Kabak semakin meningkat di Liverpool sejak terlibat dalam beberapa perlawanan sebelum ini. 

Setakat ini beliau bergandingan baik bersama sama Nat Phillips, yang dilihat juga beraksi sangat baik dengan mendapat perhatian dan pujian dari peminat. 

Ini menyebabkan ramai pihak mahu Klopp dan staf rekrutmen mendapatkan pemain itu secara tetap, dengan nilai pembelian secara tetap di akhir musim untuk Kabak adalah bernilai £18 juta. 

Meskipun harga pembelian yang agak berbaloi, difahamkan Liverpool belum lagi membuat keputusan samada untuk mendapatkan Kabak secara tetap. 

Menurut James Pearce dari The Athletics, Ozan Kabak harus membuktikan kebolehannya dalam setiap perlawanan beliau diturunkan bersama Liverpool.

"Sumber dalaman kelab mendedahkan bahawa tiada keputusan yang dilakukan oleh pengurusan kelab untuk membawa masuk Ozan Kabak secara tetap selepas Mei hadapan". 

"Dengan Klopp kini masih memerhati perkembangan Ozan Kabak, namun Liverpool mahukan pemain yang bermotivasi tinggi dalam setiap kali menyarung jersi kelab dan bermain seolah olah ianya akan menentukan masa depan pemain itu di kelab".

James Pearce juga mendedahkan bahawa hanya satu perpindahan major untuk pemain pertahanan sahaja yang akan dilakukan musim panas nanti, dengan nama Ibrahima Konate dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dengan nilai £35.4 juta. 

Namun tidak dipastikan adalah Kabak merupakan salah seorang perpindahan major untuk bahagian pertahanan, dan tidak pasti samada Kabak atau Konate yang menjadi pilihan.

Van Dijk, Gomez dan Matip dijangka akan kembali pulih menjelang latihan pramusim hadapan namun tiada jaminan mereka akan kembali dengan kecergasan penuh - terutama Gomez dan Matip yang selalu dilanda kecederaan.

Ketika ini fokus untuk menghadapi kempen musim seterusnya dengan 5 atau 6 pemain pertahanan adalah respon terbaik berikutan krisis yang dialami musim ini - terutama untuk memburu empat lagi siri kejuaraan musim hadapan. 

Selain itu Klopp juga mempertimbangkan untuk mengekalkan Nat Phillips sebagai pilihan jangka panjang di kelab.

ADMIN

Belum pasti lagi Ozan Kabak akan kekal. Apapun kelab akan melakukan keputusan terbaik. YNWA.

Sumber : This Is Anfield


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football