Skip to main content

"Tugas Beliau Belum Berakhir Di Liverpool" - Ejen Jurgen Klopp

Masa depan pengurus Liverpool ini menjadi spekulasi sejak akhir akhir ini, dengan kontrak beliau dijadualkan berakhir pada 2024.


Dan ejen Klopp menjelaskan situasi yang menyelubungi pengurus Liverpool ini sejak akhir akhir ini dengan terdapat dakwaan beliau akan meninggalkan Liverpool dalam masa terdekat.

Persembahan dan keputusan kelab, serta pengurus Germany Joachim Low yang akan meninggalkan skuad kebangsaan pada musim panas ini menimbulkan spekulasi bahawa Klopp akan meninggalkan Liverpool.

Antara calon calon yang tersenarai selain Klopp adalah pengurus Leipzig Julian Nagelsmann, dan Klopp sendiri telah menepis spekulasi beliau akan meninggalkan Liverpool dalam musim panas hadapan.

Kontrak Klopp bersama Liverpool hanya akan berakhir pada 2024, yang sebelum ini telah menjadi pengurus Mainz dan Borussia Dortmund.

Dan ejen kepada Klopp, Marc Kosicke telah mendedahkan bahawa masa depan pengurus itu tidak berakhir dalam masa terdekat dan tugasnya belum selesai di Anfield.

Kosicke menerusi Sports1 :

"Tugas beliau bersama Liverpool belum tamat".

"Beliau tidak akan keluar menerusi pintu belakang kerana beliau masih mempunyai kontrak 3 tahun bersama Liverpool".

"Beliau telah jelaskan sebelum ini dan tiada ruang untuk sebarang spekulasi".

ADMIN

The boss stay. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football