Situasi Liverpool untuk meraih tempat sekurang kurangnya Top 4 amat sukar buat masa sekarang.
Ketika ini Liverpool telah melalui kempen liga yang mengecewakan dengan berada di tangga kelapan buat masa sekarang.
Kelayakan ke UCL juga amat sukar apabila dipisahkan 7 mata dari pasukan tangga keempat liga, Chelsea dan berdasarkan situasi sekarang Liverpool sukar untuk bangkit dan merebut kedudukan bersama pasukan dari London tersebut.
Penilaian awal impak kewangan sekiranya gagal ke UCL musim depan, adalah berjumlah kira kira £50 juta.
Namun The Athletics percaya Liverpool akan kehilangan sekurang kurangnya £50 juta meskipun layak ke Europa League musim hadapan.
Tetapi Liverpool dikawal oleh klausa tertentu terhadap pemain dan staf, termasuk pengurangan peratusan gaji jika gagal layak ke UCL musim hadapan.
Liverpool juga tidak dikenakan klausa penalti dalam perjanjian bersama penaja jersi Nike berjumlah £30 juta jika gagal layak ke UCL musim hadapan.
Namun klausa itu akan berubah jika Liverpool gagal layak ke UCL untuk tahun kedua secara berterusan, dengan penaja syarikat gergasi itu mengaktifkan klausa untuk perolehan nilai jualan.
Liverpool juga akan terlepas beberapa bonus yang terkandung dalam klausa bersama Nike termasuk bonus £2 juta sekiranya menjuarai EPL, selain dari bonus £4 juta jika menjuarai UCL dan £2 juta selaku naib juara.
Kewangan Liverpool juga terjejas teruk dari segi penjualan barangan kelab, dengan £30 juta tajaan setahun adalah bernilai lebih rendah dari £45 juta yang ditaja NB.
The Reds juga tidak menikmati kemewahan kewangan yang dimiliki dua gergasi Manchester, Man United dan Man City.
Kedua dua kelab itu dijangka berbelanja lagi untuk menguatkan pasukan tetapi Liverpool tidak akan mengikuti jejak langkah mereka untuk berbelanja besar.
ADMIN
So direct impact kewangan terhadap Liverpool amat sukar pada musim hadapan.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment