Egypt mengesahkan tempat ke Kejohanan Negara Afrika di Cameroon pada 2022 meskipun hanya mencatatkan keputusan seri 1 - 1 dengan Kenya.
Mo Salah bermain masa penuh ketika perlawanan berlangsung di Nairobi, dengan skuad kendalian Hossam El Badry hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke kejohanan tersebut.
Keputusan itu meletakkan Egypt di tangga teratas kumpulan G, dengan Kenya dan Togo tidak mampu berbuat apa apa lagi untuk menghalang kemaraan Egypt bersama sama Comoros.
Senegal sudah menempah slot ke kejohanan tersebut lebih awal dengan Guinea juga telah layak pada Rabu lepas dengan menewaskan Mali 1 - 0, yang menyaksikan Naby Keita bermain 90 minit.
Kini Egypt telah menyertai Senegal, Guinea, Comoros, Mali, Burkina Faso, Algeria, Tunisia dan tuan rumah Cameroon dalam kejohanan tersebut.
Dengan kejohanan Piala Negara Afrika yang akan kembali bermain pada Januari dan Februari hadapan, maka Liverpool berisiko untuk kehilangan Mo Salah, Mane dan Naby Keita ketika itu.
Sebelum ini Liverpool telah kehilangan khidmat Sadio Mane pada musim 2016 2017, dengan pemain itu menyertai skuad Senegal sepanjang Januari hingga ke pusingan suku akhir kejohanan di Gabon.
Namun pada 2019, kejohanan itu diadakan pada musim panas.
Kali ini kejohanan itu menyaksikan Liverpool bakal kehilangan khidmat 2 dari 3 pemain utama - salah seorangnya adalah penjaring terbanyak kelab.
Dengan ketika ini Liverpool masih memberikan persoalan besar dalam aktiviti perpindahan musim panas, difahamkan kelab mahu mendapatkan seorang lagi pemain hadapan untuk membantu Roberto Firmino dan Diogo Jota.
Selain tu Liverpool juga berpotensi untuk kehilangan khidmat Mo Salah dalam permulaan musim hadapan kerana komitmen dalam skuad Olimpik tetapi ianya bukan prioriti buat pemain tersebut buat masa sekarang.
ADMIN
Berita baik untuk pemain dan juga berita kurang enak buat kelab. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment