Skip to main content

Jurgen Klopp : "Semuanya Mengenai Keputusan Perlawanan"

Beliau mendedahkan 3 mata yang "kotor" ini adalah untuk membolehkan Liverpool kembali memburu slot Top 4.

Liverpool hanya mencatatkan satu kemenangan dari 7 perlawanan liga sebelum bertandang ke Molineaux, namun masih dibayangi kejayaan ke peringkat Suku Akhir UCL setelah membenam cabaran RB Leipzig minggu lepas. 

Dengan Klopp tidak mengubah barisan kesebelasan utamanya sejak perlawanan menentang Leipzig, misi Liverpool adalah jelas untuk mendapatkan 3 mata dan akan berehat selama 3 minggu dari perlawanan. 

Menurut Klopp menerusi Sky Sports :

"Semuanya adalah berkaitan dengan keputusan perlawanan".

"Perlawanan yang sengit. 3 mata yang agak dirty, saya gembira dengan keputusan perlawanan ini yang membolehkan anda kembali ke landasan kemenangan semula".

"Kami mempunyai momen terbaik untuk menambah gol dan melakukan serangan, dan bertahan juga amat baik".

"Permulaan perlawanan yang tidak saya sukai, kami tidak cukup aktif dalam memulakan permainan".

"Kami banyak melakukan hantaran jauh dari bahagian belakang, ianya amat berisiko dan selepas itu bertahan lebih ke bawah".

"Kami bertahan dengan baik, garisan bertahan dengan betul dan tiada siapa mengetahui samada kedudukan pemain lawan ofsaid atau tidak hinggalah di saat akhir".

"Di akhirnya mereka bertahan lebih baik dan jauh berubah dari perlawanan sebelumnya".

"Sasaran kami adalah untuk bertahan lebih baik dan melancarkan serangan balas".

"Terdapat banyak situasi di mana kami mampu menjaringkan gol lebih banyak dan mencipta lebih peluang tetapi satu satunya gol itu amat menarik dan penyudah itu amat penting buat kami".

"Kami berhak mendapat 3 mata".

ADMIN

Semuanya mengenai keputusan perlawanan. YNWA.

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football