Beliau kini sudah mula melakukan pemulihan bersama bola dan juga berjogging di Kirkby.
Gomez sebelum ini telah mengalami kecederaan tendon lutut ketika menjalani sesi latihan bersama skuad England dan dijangka akan terus tersisih sepanjang musim ini.
Ianya satu tamparan hebat buat pemain dan kelab, namun kini telah menjalani latihan pemulihan kecergasan bersama sama Virgil Van Dijk.
Van Dijk kini telah menjalani pemulihan untuk melakukan dan berkemungkinan masih boleh diturunkan si lewat musim namun Gomez juga dilihat memulakan langkah besar dalam pemulihan beliau.
Pendekatan Gomez dilihat sebagai "langkah demi langkah" tetapi ianya satu perkembangan positif untuk beliau pulih sepenuhnya.
Minggu lepas Klopp mendedahkan bahawa Virgil dan Gomez berkemungkinan besar tidak akan menyertai Euro 2021, selain daripada perkembangan pemulihan Joel Matip.
Pengurus itu mendedahkan bahawa Joel belum lagi sampai ke tahap sesi pemulihan Virgil Van Dijk dan Joe Gomez, dengan menyatakan Virgil telah memulakan latihan larian sejak minggu lepas berbanding Gomez sejak minggu ini.
Namun ianya masih terlalu jauh buat Gomez - dengan ketiga tiga pemain pertahanan itu menyasarkan latihan pramusim untuk mereka kembali.
ADMIN
Masih terlalu jauh untuk Gomez dan kedua pemain CB utama kita. YNWA.
Sumber : This Is Anfield
Comments
Post a Comment