Skip to main content

Marcus Rashford : "Sadio Mane Adalah Pemain Afrika Terbaik Yang Pernah Saya Hadapi".

Mane menyertai Liverpool dari Southampton pada 2016 dan telah diakui sebagai pemain serangan terbaik di dunia ketika ini.


Dan penyerang Man United itu mendedahkan bahawa Sadio Mane adalah pemain Afrika terbaik yang pernah dihadapinya setakat ini. 

Beliau menjaringkan 22 gol pada musim lepas dan menyumbang 12 assist, dalam usaha membantu Liverpool meraih gelaran kejuaraan liga selepas 30 tahun. 

Pada 2018, Mane telah membantu Liverpool untuk meraih mata tertinggi dalam liga selain dari membantu kelab menjuarai UCL.

Rashford telah berhadapan dengan beberapa pemain Afrika terbaik setakat ini seperti Yaya Toure, Mo Salah dan Pierre Emerick Aubameyang dalam EPL. 

Ditanya dalam menerusi laman soal jawab Twitter, Rashford menjawab :

"Saya lihat ramai pemain berbakat dari Afrika bermain di EPL sekarang. Terutama Mane".

Selain itu Aubameyang juga mendedahkan pentingnya Sadio Mane sebagai ikon Afrika buat masa sekarang pada November lepas.

"Sadio adalah pemain untum benua Afrika. Beliau adalah pemain di mana hampir semua pengurus mahukan dalam pasukan".

"Seperti pemain dari Afrika yang lain, kami sering bergurau dan mengusik sesama sendiri sebelum dan selepas perlawanan".

"Jika Sadio mendapat bola, beliau ibarat singa di padang. Tetapi jika anda lihat di media sosial beliau, anda dapat lihat beliau melakukan segalanya untuk kejiranan beliau".

ADMIN

Mutual respect. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan