Skip to main content

Richarlison : "Thiago Tidak Membalas Permohonan Maaf Saya Di IG"

Pemain Everton itu melakukan terjahan keras terhadap Thiago ketika perlawanan Merseyside Derby di Goodison Park, sekaligus menyaksikan beliau dilayangkan kad merah dan Thiago tersisih hampir 3 bulan.


Dan Richarlison menyatakan reaksi yang diterima beliau daripada Thiago selepas insiden tersebut, di mana beliau mendakwa pemain tersebut bersikap dingin meskipun telah memohon maaf menerusi media sosial.

Menurut Richarlison menerusi Youtube live :

"Perlawanan terakhir saya bersama Thiago, berakhir dengan layangan kad merah untuk saya".

"Dan saya kemudian memohon maaf kepada beliau menerusi laman Instagram. Beliau hanya membaca mesej itu. Dan ketika itu saya terfikir akan memadamkan mesej ini jika beliau tidak membalasnya".

"Dan saya memadamkan mesej itu. Beliau langsung tidak membalas mesej saya".

"Kemudian perlawanan derbi seterusnya berlangsung di halaman mereka. Kami tidak memandang sesama sendiri. Perlawanan berlangsung dengan baik".

Richarlison juga ditanya mengenai pergaduhan yang berlaku antara beliau dan VVD musim lepas.

Namun beliau enggan mengulas lanjut sambil mendedahkan kedua dua kelab akan sentiasa bergeser sesama sendiri atas nama perseteruan setempat.

"Bergaduh? Ianya situasi di mana kami bertengkar mengenai permainan kami".

"Mungkin ianya satu pergaduhan kecil. Tetapi ianya sesuatu yang normal dan perlawanan derbi".

"Kami mahukan kemenangan, begitu juga beliau. Ianya sentiasa berlaku dalam perlawanan sebelumnya".

ADMIN

Terjahan yang boleh menamatkan karier pemain kot. Mestilah marah. 

Sumber : Daily Mirror


Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan