Skip to main content

Nuno Espirito Santo : Diogo Jota Dan Fabinho Adalah Pemain Istimewa Buat Saya

Pengurus Wolves itu bersedia untuk menerima kembali Diogo Jota di Molineaux dan mendedahkan karier awal Fabinho sebagai bek kanan.

Dan Nuno menyatakan tidak kira apa keputusan yang berlaku, beliau akan memeluk Jota dengan Wolves amat bersedia dengan keupayaan pemain itu selama ini. 

Sebelum ini Jota telah menjaringkan 44 gol dari 131 penampilan bersama Wolves, dengan jaringan hatrik ketika menentang Besiktas dan Espanyol dalam kempen Europa League musim lepas.

Jota sebelum itu telah dipinjamkan oleh Atletico Madrid untuk menghadapi kempen 2017 2018 bersama Wolves, ketika itu berada di Liga Championship sebelum melakukan perpindahan tetap pada 2018 dengan nilai £12.8 juta. 

Beliau akhirnya menyertai Liverpool pada musim ini dengan nilai £41 juta dan akan kembali ke Molineaux awal pagi esok. 

Menurut Nuno : 

"Saya akan memberikan beliau pelukan, ataupun ciuman - dan saya amat menyayangi beliau".

"Saya akan memeluk beliau sebelum perlawanan dan selepas perlawanan tidak kira lah keputusannya bagaimana, itu sahaja cara saya menghargai pengorbanan beliau selama ini".

"Kami telah bersama selama 3 tahun hampir setiap hari, dan saya yakin jika stadium dipenuhi peminat mereka akan memberikan tepukan kepada mereka".

"Apa yang Diogo lakukan amat tinggi nilainya, dan tidak tergambar dengan kata kata".

"Beliau disanjung tinggi di sini kerana telah memberikan segala galanya buat kelab. Beliau menyertai kami sejak di Liga Championship dan telah meletakkan segala galanya diri beliau untuk kami dan kelab".

"Kini beliau telah memilih jalan sendiri dan bersama kelab yang hebat, dan saya amat gembira melihat beliau bermain semula dan tersenyum semula".

"Kami doakan kejayaan beliau".

Perlawanan awal pagi esok juga menyaksikan pertemuan semula antara bekas pemain Nuno di Rio Ave iaitu Fabinho. 

Nuno adalah jurulatih yang telah terlibat dalam melatih Fabinho ketika awal karier pemain tersebut di Rio Ave, Portugal pada 2012. 

Tambah Nuno : 

"Fabinho pemain yang hebat dan mengagumkan".

"Segalanya bermula di Rio Ave pada 2012, ketika beliau baru tiba dari Eropah dan saya baru memulakan karier sebagai jurulatih".

"Kami membawa masuk dua pemain dari Brazil, Felipe Augusto dan Fabinho. Mereka menjalani latihan baru dua minggu - dan tiba tiba Fabinho dipinjamkan ke Real Madrid".

"Saya berkata selepas itu - betapa bagusnya saya melatih Fabinho!"

"Beliau kemudiannya menyertai Real Madrid, Monaco dan akhirnya ke Liverpool".

"Ketika itu, beliau hanya pemain muda yang berbakat, dan kemudian menyertai skuad Bawah 20 Tahun Brazil".

"Beliau adalah pemain bek kanan dan saya melihat beliau bermain di bahagian tengah sejak bersama Leonardo Jardim di Monaco".

"Saya amat gembira berkerjasama dengan Fabinho dan amat berbangga dengan pencapaian beliau sekarang".

ADMIN

Terima kasih atas jasa Nuno memperkenalkan kedua dua pemain ini dalam karier terbaik pemain Liverpool. 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football