Jurgen Klopp kini berhadapan dengan krisis kecederaan pemain pertahanan seperti Joe Gomez dan Virgil Van Dijk, dan kini mahu menguatkan bahagian pertahanan Liverpool dalam jangka panjang.
Dan menurut David Ornstein dari The Athletics, Liverpool kini sedang memuktamadkan perjanjian akhir untuk mendapatkan Ibrahima Kanote untuk perpindahan musim panas akan datang.
Difahamkan perpindahan itu akan dilakukan sepantas yang boleh dan kini berada di peringkat perbincangan lanjutan.
Leipzig difahamkan enggan menjual pemain ini tetapi mana mana pembeli boleh mengaktifkan klausa setinggi £33 juta (€40 juta) daripada meminta harga lebih murah daripada itu.
Leipzig kini berada di kedudukan kedua liga dan dipisahkan 4 mata dari Bayern Munich di Bundesliga faham akan situasi pemain itu dengan mereka akan melakukan perbincangan untuk melepaskan pemain itu jika klausa itu diaktifkan.
Pemain berusia 21 tahun itu dibawa masuk dari Sochaux pada 2017, telah membantu kelab di bahagian pertahanan meskipun kecederaan telah mengurangkan minit permainan beliau di Leipzig.
Konate telah beraksi di bawah 100 penampilan bersama Leipzig dan telah berjaya menarik perhatian beberapa kelab besar di sekitar Eropah.
Sekiranya perpindahan itu berjaya, Konate yang berpengalaman di Bundesliga dan Eropah akan bersaing untuk merebut kesebelasan utama di bahagian pertahanan bersama sama Van Dijk dan Joe Gomez.
Liverpool kini dalam usaha untuk memperkukuhkan barisan pertahanan mereka untuk bersaing di kelompok persada liga di masa depan, dengan membawa masuk Ozak Kabak secara pinjaman dengan pilihan untuk perpindahan tetap serta Ben Davies untuk menampung krisis kecederaan pemain pertahanan musim ini.
The Reds juga difahamkan amat terbuka untuk membawa masuk pemain pertahanan baru yang lain secara tetap musim panas hadapan berikutan masalah yang dihadapi mereka musim ini.
Dengan Fabinho dan Henderson diletakkan sebagai pemain pertahanan sementara musim ini, keseimbangan pasukan terjejas sekaligus meranapkan harapan mereka untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini.
Liverpool juga di saat bahaya untuk tersingkir dari kejohanan Eropah pada musim hadapan, dengan kini menduduki tangga ketujuh liga dan dipisahkan 5 mata dari pasukan tangga keempat, Chelsea.
ADMIN
Apapun kita tunggu berita selanjutnya. Satu prospek yang baik.
Sumber :
1. Daily Mail
2. David Ornstein - The Athletics
Comments
Post a Comment