Skip to main content

Sadio Mane Bercakap Mengenai Musim Yang Sukar Dan Tugasan Untuk Mencari Jalan Penyelesaian

Dan beliau menegaskan seluruh pemain dalam bilik persalinan masih percaya masa depan kelab amat cerah ketika ini. 


Pemain sayap Liverpool itu mendedahkan kelab kini bergelut dalam situasi sukar dengan berhadapan dengan krisis kecederaan serta rekod yang tidak baik ketika bermain di halaman sendiri dalam EPL, di mana mereka sukar untuk mempertahankan kejuaraan dan juga bergelut untuk meraih slot Top 4 EPL buat masa sekarang.

Namun beliau menegaskan Jurgen Klopp dan rakan sepasukan masih cuba untuk keluar dari kemelut prestasi tersebut dan mengakui masih berbangga menjadi pemain Liverpool seperti sebelumnya.

Menurut Mane :

"Secara jujurnya kami bergelut dengan prestasi dan ianya berlaku dalam hampir semua pasukan bolasepak, ianya sebahagian daripada bolasepak".

"Kami harus mencari jalan untuk memperbaiki situasi itu dengan tidak pernah berputus asa, berjuang sebaiknya, sentiasa bermotivasi dan mahu terus meningkatkan prestasi".

"Sebagai pemain anda tidak seharusnya berputus asa namun sentiasa mencari jalan penyelesaian".

"Bermain bersama rakan sepasukan memberikan saya semangat".

Mane juga hanya mencatatkan satu assist dalam 7 perlawanan EPL, meskipun berjaya menjaringkan gol dalam dua perlawanan UCL menentang Leipzig untuk membantu pasukan cuba mencatatkan kejayaan dalam kejohanan benua Eropah pada musim ini.

Tambah Mane : 

"Dalam bolasepak dan kehidupan, anda tidak boleh menjangkakan sesuatu perkara dan tidak berlaku masalah dari tahun ke tahun".

"Kami sentiasa mencatatkan kejayaan, namun kali ini kami menghadapi masalah dan anda boleh lihat bagaimana pantasnya perubahan berlaku".

"Untuk mengubahnya? Tiada yang penting selain kekal positif, bersatu dan berjuang kembali".

"Itu yang kami cuba lakukan untuk mengubah situasi dan saya yakin situasi akan berubah. Saya amat berbangga menjadi pemain Liverpool lebih dari sebelumnya".

"Saya amat gembira, saya amat seronok dapat berkongsi kisah bersama dan padang bersama rakan sepasukan di Liverpool FC".

ADMIN

Ya, mereka masih positif. Kenapa tidak kita? YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football