Liverpool berjaya mengatasi cabaran Leipzig di UCL pertengahan minggu lepas namun harus membawa semangat itu menjelang perlawanan EPL di Molineaux.
Dan Jurgen Klopp memberikan gambaran posisi Fabinho menjelang perlawanan tersebut, setelah pemain itu dinobatkan sebagai MOTM dalam perlawanan menentang Leipzig.
Pemain itu bermain di posisi asal dan memberikan corak permainan berbeza ketika perlawanan tersebut.
Nat Phillips dan Ozan Kabak digandingkan di posisi pertahanan dan beraksi dengan baik manakala Fabinho bermain di posisi 6, sekaligus memberikan peluang Wijnaldum beraksi di posisi lebih hadapan dan Thiago banyak bergerak di kawasan serangan.
Dan Klopp mengakui meletakkan Fabinho di posisi asalnya membolehkan seluruh pasukan memberikan prestasi yang berbeza.
Menurut Klopp :
"Saya ingin menyatakan Gini bermain dengan agak baik".
"Jika kami meletakkan Gini di posisi 6, kami kehilangan khidmat beliau di posisi 8. Jadi semua masalah dapat diselesaikan sebelum ini".
"Ya Fabinho dapat membantu semua pemain di posisi apabila dia bermain di posisi asalnya".
"Situasi itu memudahkan Thiago namun saya tidak memberi jaminan bahawa seorang pemain akan menyelesaikan segala galanya".
"Fabinho bermain buat pertama kali di posisi 6 sejak beberapa lama dan anda boleh lihat perubahan corak permainan ketika bertahan".
"Namun pemain tengah lain seperti Gini Wijnaldum dan Thiago juga bermain dengan lebih baik, sebab itu perubahan itu nampak lebih baik".
"Fabinho sememangnya sesuai bermain di posisi 6 dan banyak membantu kami".
ADMIN
Kita berharap Fabinho akan kekal di posisi beliau selama ini dan bukan lagi sebagai CB. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment