Beliau dibawa keluar menggunakan pengusung setelah bertembung dengan lutut kapten pasukan Conor Coady.
Dan selepas perlawanan, pengurus Wolves itu memaklumkan bahawa beliau telah sedar dan okay menerusi media selepas perlawanan.
Sebelum itu penyerang utama mereka, Raul Jimenez telah mengalami kecederaan kepala ketika menentang Arsenal pada November lepas dan kini menjalani pemulihan.
Menurut Nuno :
"Rui Patricio okay".
"Beliau telah sedarkan diri, dan mula ingat mengenai situasi yang melanda beliau".
"Penilaian pakar perubatan juga menyatakan beliau tidak mengalami apa apa kecederaan serius".
Dalam situasi tersebut, Mo Salah telah menjaringkan gol kedua yang telah didapati berada dalam kedudukan ofsaid, dan Patricio keluar dari posisinya untuk menghalang percubaan itu dan berlaga dengan lutut Conor Coady.
Bendera di pembantu pengadil tidak akan diangkat hanya selepas Mo Salah menjaringkan gol, tetapi ianya masih suatu tanda tanda bahawa adakah keputusan mengangkat bendera lebih awal akan mengelakkan insiden itu berlaku.
Penjaga gol simpanan, John Ruddy selepas itu dibawa masuk dengan Wolves menggunakan pertukaran keempat yang dinamakan pertukaran konkusi di mana kelab boleh melakukan pertukaran keempat jika terdapat mana mana pemain yang mengalami konkusi di atas padang.
Tambah Nuno :
"Konkusi boleh menjadi kecederaan sangat serius, dan itu yang sepatutnya anda risaukan".
"Undang undang amat jelas. Permainan diteruskan dengan pembantu pengadil hanya menaikkan bendera selepas gol dijaringkan. Situasi itu sering terjadi".
Patricio ketika ini meraih 92 caps antarabangsa untuk Portugal dan kini telah bermain hampir semua perlawanan bersama Wolves sejak berpindah dari Sporting Lisbon pada 2018 2019.
ADMIN
Semoga cepat sembuh, Rui Patricio. YNWA.
Sumber : BBC
Comments
Post a Comment