Skip to main content

Ki Jana Hoever Tidak Menyesal Meninggalkan Liverpool FC

Beliau sukar untuk menempatkan diri dalam skuad senior Liverpool dan mendapati beliau lebih banyak mendapat peluang bermain di Wolves.


Dan beliau mendedahkan bahawa meninggalkan Liverpool untuk menyertai Wolves adalah pilihan terbaik yang pernah beliau lakukan sepanjang kariernya. 

Beliau merupakan prospek pemain remaja ketika bersama Ajax dan Liverpool membawa masuk pemain itu ketika berusia 16 tahun, dan telah diturunkan sekali dalam skuad senior Liverpool ketika aksi menentang Wolves ketika Piala FA 2019. 

Persembahan beliau amat menbanggakan, tetapi mendapati sukar untuk menembusi skuad utama Liverpool dan kelab bersetuju untuk melepaskan beliau ke Wolves musim panas lepas dengan nilai £11 juta. 

Setelah menyertai Wolves, beliau sering diturunkan dalam kesebelasan utama dan meskipun Liverpool kini mengalami masalah di bahagian pertahanan, Ki Jana Hoever tidak menyesal meninggalkan The Reds.

Hoever menerusi Goal : 

"Ianya bukan pilihan yang mudah namun ianya mudah untuk saya. Saya tahu minit permainan saya di Wolves mungkin lebih banyak daripada di Liverpool. Itu sebab saya melakukan keputusan menyertai Wolves dan ianya pilihan terbaik pernah saya lakukan sepanjang karier saya".

"Sudah pasti jika anda melihat situasi kecederaan di Liverpool sekarang, namun saya tidak berfikir begitu. Saya hanya terfikir, jika semua pemain pertahanan mereka cergas adakah saya akan mendapat peluang? Liverpool adalah pasukan yang hebat, pemain pertahanan mereka adalah antara yang terbaik dan sudah pasti saya sukar untuk mendapatkan minit permainan di sana".

"Keputusan yang baik. Saya dapat menyesuaikan diri dalam skuad utama. Ianya menepati jangkaan saya. Saya tahu saya dapat melakukan yang terbaik lagi dari sekarang dan musim pertama yang baik oleh saya".

Pada awalnya Hoever jarang diturunkan namun sekarang ini sering mendapat pilihan oleh pengurus untuk diturunkan sejak akhir akhir dengan beliau telah melakukan 12 penampilan bersama kelab setakat ini. 

Beliau memuji Nuno Espirito Santo sebagai jurulatih yang bagus, dan mengakui tidak sempat berbicara dengan Klopp sebelum berhijrah ke Wolves. 

Namun beliau masih berhubung dengan beberapa bekas rakan sepasukan beliau di Liverpool, terutama Virgil Van Dijk bagi mendapatkan nasihat dan pandangan untuk meningkatkan prestasi semasa beliau. 

Tambah Hoever :

"Bagi saya ianya semua untuk meningkatkan prestasi dan kekal bersedia. Kami mempunyai skuad yang kecil, dan anda harus bersedia dalam segala kemungkinan".

ADMIN

Ianya pilihan yang tepat untuk bekas pemain ini. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football