Ketiga tiga pemain pertahanan itu telah tersisih musim ini selepas mengalami kecederaan jangka panjang.
Jurgen Klopp masih menanti situasi terkini mengenai kecederaan pemain tersebut untuk diberikan minit beraksi di penghujung musim.
Van Dijk masih tersenarai dalam skuad Liverpool untuk kejohanan UCL, meskipun berkemungkinan besar beliau tidak akan beraksi semula pada musim ini.
Dan Klopp mendedahkan Virgil Van Dijk dan Joe Gomez berada dalam situasi baik ketika menjalani pemulihan berbanding Matip yang baru berada di fasa permulaan pemulihan.
Menurut Klopp :
"Kami masih berharap mereka akan bersedia menjelang latihan pramusim hadapan. Itu yang kami harapkan".
"Namun kita jangan lupa bahawa mereka telah mengalami kecederaan yang serius".
"Virgil dan Joe berada dalam situasi lebih baik dari Matip, Matip masih menggunakan kasut pelindung kaki. Namun beliau berada di sini".
"Virgil telah memulakan latihan larian, Joe juga begitu namun semuanya nampak sukar buat mereka"
"Kami berasa amat lega sekiranya mereka telah turun menjalani latihan pramusim kelak".
Virgil dan Joe Gomez dijangka akan dibawa dalam skuad kebangsaan masing masing dalam kejohanan Euro pada musim panas hadapan.
Namun Klopp tidak risau akan penglibatan mereka kerana pemain itu dijangka tidak sempat pulih menjelang kejohanan tersebut.
Tambah Klopp :
"Euro? Saya tidak fikir begitu".
"Saya faham mengenai situasi dalam skuad kebangsaan namun kami tidak dapat melakukan keputusan sekarang. Persoalannya bila mereka akan benar benar cergas untuk bermain?"
ADMIN
Mungkin Klopp mahukan ramai pemain utama untuk terlibat dalam sesi latihan pramusim. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment