Skip to main content

Ibrahima Konate Antara 5 Pemain CB Yang Disenarai Pendek Untuk Perpindahan Musim Panas

Liverpool mahu menambahbaik kualiti pada bahagian pertahanan pada musim panas hadapan.


The Reds diselubungi masalah di bahagian pertahanan hampir sepanjang musim ini selepas Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip mengalami kecederaan jangka panjang. 

Jurgen Klopp terpaksa menggandingkan hampir 20 pasangan CB berbeza musim ini, dengan Fabinho sentiasa diletakkan di bahagian CB hampir sepanjang musim sebagai back up plan.

Liverpool akhirnya membawa masuk 2 CB di pada lewat perpindahan Januari 2021, dengan Ozan Kabak menyertai kelab secara pinjaman dengan pilihan untuk pembelian tetap dan juga mendapatkan Ben Davies dari PNE dengan nilai £500,000.

Namun kelab sentiasa menambah baik kekuatan di bahagian pertahanan dan kini difahamkan sudah menyenaraikan 5 pemain CB yang bakal dibawa masuk.

Salah satunya adalah Ibrahima Konate yang mempunyai klausa pelepasan setinggi £34 juta, namun sumber dalaman Liverpool ( yang pasti bukan : Sumber Saya Adalah Sumber Saya ) masih menutup mulut mengenai khabar angin bahawa kedua dua pihak dalam perbincangan lanjut mengenai perpindahan musim panas hadapan.

Namun laporan sebelum ini juga telah mendedahkan bahawa pasukan rekrutmen kelab sedang memantau perkembangan pemain ini secara berkala. 

Konate merupakan sebahagian skuad France Bawah 21 Tahun yang menewaskan Russia 2 - 0 pada Isnin lepas, tetapi tidak diturunkan dalam kedua dua perlawanan UCL ketika RB Leipzig berhadapan Liverpool.

Dengan Leipzig bakal kehilangan khidmat Dayot Upamecano kepada Bayern Munich musim panas hadapan, kelab itu juga dikatakan sedaya upaya untuk mengekalkan Ibrahima Konate dan menjadikan perpindahan itu lebih sulit.

Pemain berusia 21 tahun itu juga akan berada dalam musim terakhir kontraknya bersama Leipzig pada Jun hadapan, namun tidak perlu menunggu lebih lama jika berhasrat mengaktifkan klausa pelepasan pemain tersebut. 

Selain itu, antara pemain yang dipertimbangkan untuk mengukuhkan pertahanan adalah perpindahan tetap untuk Ozan Kabak, di mana boleh diperolehi dengan nilai £18 juta. 

Pemain antarabangsa Turki itu baru mencecah usia 21 tahun mula menyesuaikan diri dengan bergandingan bersama Nat Phillips di bahagian pertahanan. 

The Reds mengekalkan rekod tanpa bolos dalam dua perlawanan terakhir sebelum cuti perlawanan antarabangsa dengan Klopp memuji gandingan pemain pertahanan itu ketika kemenangan menentang Wolves.

"Mereka telah digandingkan dalam dua perlawanan berterusan dan mereka melakukan tugas dengan baik".

Liverpool juga tidak keberatan untuk melakukan perpindahan tetap untuk Kabak dan akan mempertimbangkan pada akhir musim ini.

Difahamkan juga Liverpool hanya mahu mendapatkan seorang lagi pemain senior CB di akhir musim dengan bayangan Phillips untuk kekal di kelab di mana telah melakukan 11 penampilan senior bersama Liverpool.

Spekulasi mengenai kontrak Phillips yang tinggal setahun bersama Liverpool adalah tidak benar, jadi Klopp tidak akan risau akan perancangan pada musim hadapan.

Duja Carleta Car juga merupakan salah satu pemain sasaran pada Januari lepas, namun Marseille tidak dapat mencari pemain pengganti di saat akhir dan Liverpool terus beralih perhatian kepada Ozan Kabak. 

Berumur 24 tahun, Carleta Car tiga tahun lebih tua dari Konate dan Kabak dan telah mendapatkan 11 caps antarabangsa untuk Croatia.

Difahamkan juga pasukan rekrutmen kelab turut memantau perkembangan pemain itu yang kini memasuki kempen Ligue 1 pusingan kedua.

Isu kecederaan CB adalah kerisauan Klopp ketika ini dan berharap ketiga tiga pemain senior CB mampu pulih sebelum latihan pramusim bermula, dan pengurusan tertinggi kelab juga tidak mahu isu begini berulang di masa hadapan dengan sentiasa mencari peluang di pasaran perpindahan. 

ADMIN

Segala galanya terpulang kepada Klopp dan LFC sendiri. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan