Skip to main content

Michael Ngoo Mendedahkan Beliau Mengalami Depresi Berikutan Takel Keras VVD

Beliau bergelut dengan isu kecederaan tersebut selama 2 tahun yang memerlukan 2 pembedahan.


Ngoo masa itu melakukan penampilan dengan kerap bersama Kilmarnock, dan beliau menerima terjahan keras dari VVD yang ketika itu bersama Celtic hingga memerlukam pembedahan bagi memasukkan skru untuk menyambung semula dua tulang beliau di pergelangan kaki. 

Kecederaan itu memaksa beliau melupakan kariernya di Scotland, sebelum menyertai Bromley dan Oldham. 

Beliau kemudiannya meninggalkan UK untuk meneruskan kariernya di tempat lain.

Menurut Ngoo menerusi Planet Football :

"Saya bukan sahaja tercedera secara fizikal, namun secara psikologinya tercedera juga".

"Sebelum saya melalui pembedahan pertama, pakar perubatan telah memberitahu saya bahawa jika pembedahan tidak berjalan lancar, saya tidak akan bermain lagi. Ianya sangat jelas dan saya terpaksa melalui situasi sukar itu".

"Saya amat tertekan dan memikirkan masa depan saya kerana saya mungkin tidak akan bermain lagi".

Ngoo menyertai kelab pada 2009 sebagai pemain remaja dan telah dipinjamkan ke Hearts, Yeovil dan Walsall sebelum menyertai Kilmarnock secara tetap pada 2014. 

Beliau melakukan penampilan keenam bersama Kilmarnock ketika kecederaan itu melanda beliau.

Ngoo menuduh Van Dijk sengaja mencederakan beliau menerusi Daily Mail dan berasa amat marah terhadap takel yang dilakukan, namun kemudian memaafkan beliau berikutan insiden itu.

"Van Dijk memohon maaf kepada saya menerusi John Guidetti, rakan saya yang dipinjamkan ke Celtic ketika itu".

"Ianya sudah berlalu dan saya tidak menyimpan apa apa dendam".

Ngoo kemudiannya berhijrah ke Tirana pada 2017 dan menyertai Enosis Neon Paralimni di Cyprus.

ADMIN

Bukan disengajakan. Dan beliau juga berpeluang untuk bermain di luar UK. 

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan