Salah satu pengendali rangkaian pelancongan terkemuka di dunia ini telah menjalinkan kerjasama dengan kelab, sekaligus merupakan penjana baru yang terpapar di lengan jersi. Kehadiran logo Expedia di lengan kiri baju Liverpool telah bermula sejak perlawanan Merseyside Derby lagi. Selaku rakan perjalanan buat Liverpool, Expedia akan mengadakan kempen yang berfokus kepada akses terhadap pemain, hari perlawanan dan kandungan jenama kelab. Expedia juga fokus menerusi komunikasi bagaimana pelancong akan mengetahui, menempah dan menikmati perjalanan mereka seperti pelancongan untuk memastikan mereka memaksimakan pengalaman mereka setelah bolasepak dan pelancongan akan pulih sepenuhnya. Menurut pengarah pemasaran, Matt Scammell : " Saya melihat sinergi yang baik antara Liverpool dan Expedia, sebagai sebuah organisasi yang mementingkan sokongan antara satu sama lain. Di mana mereka tidak perlu risau akan perjalanan mereka atau mengetahui akan sentiasa ada orang ke 12 memantau mereka di s