Pengurus Liverpool itu mengagumi usaha pemain muda itu untuk menembusi ke dalam skuad utama.
Beliau juga memberi kredit kepada jurulatih pembangunan elit Vitor Matos yang terlibat secara langsung dalam pembangunan prestasi pemain tersebut.
William memulakan aksi dari bangku simpanan selepas menggantikan Fabinho pada perlawanan menentang FC Midtjylland dalam aksi UCL.
Dengan ramai pemain pertahanan yang tersisih akibat kecederaan, maka para peminat Liverpool akan menyaksikan lebih banyak aksi 'muka baru' dari pemain muda.
Menurut Klopp menerusi sidang media :
"Saya tidak dapat menyatakan perkembangan beliau sejak beberapa tahun lepas, secara jujurnya".
"Namun saya boleh menyatakan perkembangan beliau sejak beberapa bulan lepas di mana beliau berlatih bersama skuad utama".
"Beliau adalah pemain yang bagus ketika beliau sampai di sini".
"Situasi ini disebabkan oleh Vitor Matos yang banyak bekerja keras untuk beliau selama ini".
"Beliau yang mencadangkan supaya kami membawa William dalam skuad kami, dan kami lakukan. Ianya nampak bagus".
Fabinho mengalami kecederaan, Joel Matip belum pulih sepenuhnya dan Virgil Van Dijk akan tersisih dalam jangka masa panjang.
Ini bermakna Rhys berada dalam perancangan untuk digandingkan bersama Joe Gomez dalam perlawanan menentang West Ham United awal pagi esok.
Namun Klopp mendedahkan bahawa bukan sahaja William yang mahukan minit perlawanan dengan dua lagi pemain pertahanan lain sedang menanti peluang untuk diturunkan.
Tambah Klopp :
"Kami masih mempunyai Billy Koumetio dan Nat Phillips".
"Billy sebelum ini tersisih untuk 10 - 12 hari atas sebab tertentu namun beliau kini telah kembali".
"Mereka berlatih bersama kami, mereka bersama kami dan kali ini kami harus membuat keputusan".
ADMIN
Segala galanya terpulang terhadap Klopp dan staf.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment