Pemain Brazil itu mempamerkan aksi cemerlang ketika beraksi di posisi pertahanan ketika menentang Ajax awal pagi tadi.
Dan beliau mendedahkan bahawa Jurgen Klopp mahu beliau lebih banyak bersuara ketika mengisi kekosongan yang ditinggalkan VVD.
Selepas mengalami kecederaan ketika menentang Everton, difahamkan VVD akan tersisih dalam jangka masa lama sekaligus meninggalkan lompang yang besar di bahagian pertahanan Liverpool.
Dan Fabinho mempamerkan prestasi yang cemerlang dengan satu situasi di mana mengeluarkan bola dari garisan gol Liverpool meskipun bermain di bukan posisi sebenar beliau.
Menerusi Viasport Football, Fabinho mendedahkan pengurus Liverpool itu mahu beliau lebih bersuara seperti yang VVD lakukan sebelum ini.
"Secara taktikal saya harus bersedia dengan hantaran jauh dan cuba bersuara kepada rakan sepasukan bagi menyusun atur gerak benteng".
"Ianya bukan mudah sepertimana Virgil lakukan, bersuara untuk semua pemain pertahanan dan cuba menjadi pemimpin di bahagian pertahanan".
"Sudah pasti saya bukan Virgil namun saya cuba lakukan yang terbaik".
"Ianya penting buat kami untuk memastikan tidak dibolosi bagi meningkatkan keyakinan kepada semua pemain dalam pasukan".
"Saya menggunakan bahasa yang mudah difahami, second ball atau bersedia, dan memberitahu pasukan untuk menekan lawan dengan berterusan".
"Saya cuba memainkan peranan ini dengan baik dan bersedia untuk melakukan yang terbaik".
Fabinho juga mendedahkan kelibat Virgil akan dirindui dalam bilik persalinan ketika ini.
Beliau juga masih terkejut dengan kehilangan VVD dari satu tempoh yang lama.
"Secara peribadi saya amat terkejut kerana kelab kehilangan khidmat VVD dalam tempoh yang lama".
"Saya berpendapat beliau adalah pemain pertahanan terbaik di dunia dan beliau adalah pemimpin untuk pasukan dan di bilik persalinan".
"Beliau sentiasa menaikkan mood dan suasana pasukan dan kami akan merindui itu buat sementara".
"Kami akan cuba bermain dengan baik, memenangi setiap perlawanan untuk beliau".
"Kami juga masih mempunyai khidmat beberapa pemain yang masih cedera seperti Matip, Alisson dan Thiago namun mereka akan cuba untuk pulih seberapa cepat".
"Kami akan cuba memenangi setiap perlawanan".
ADMIN
Anda beraksi dengan sungguh baik di posisi pertahanan, Fabinho. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment