Liverpool ketinggalan hasil sepakan penalti Sande Bege namun bangkit untuk menjaringkan 2 gol dari Roberto Firmino dan Diogo Jota.
Liverpool membariskan kesebelasan utama yang luar biasa malam ini dengan menggunakan formasi 4 - 2 - 3 - 1, dengan Alisson diturunkan selaku penjaga gawang tanpa kehadiran Joel Matip dan Thiago Alcantara.
Manakala Sheffield United yang dibimbing Chris Wilders membariskan bekas pemain Liverpool, Rhian Brewster dalam kesebelasan utama.
Liverpool memulakan perlawanan dengan bersemangat apabila menyerang ke kubu Sheffield United seawal minit pertama perlawanan, dengan satu kuisan ke gol oleh Mane hasil hantaran terus Robbo namun sempat dikeluarkan pertahanan Sheffield.
Seminit selepas itu, Ramsdale hampir diperdaya oleh sepakan percuma setengah padang oleh TAA namun berjaya menepis keluar.
Tetapi Sheffield United yang berjaya memperolehi gol pembukaan, apabila pemain Sheffield yang dijatuhkan di luar petak penalti oleh Fabinho berjaya mendapatkan sepakan penalti setelah dilihat semula menerusi VAR.
Dan Sande Bege berjaya menyumbat gol pendahuluan Sheffield United.
Liverpool tidak mengaku kalah untuk memburu gol penyamaan, dan peluang yang dimiliki oleh Wijnaldum melambung tinggi selepas berlaku pergelutan dalam kawasan penalti lawan pada minit ke 17.
Sheffield United juga memburu gol kedua dan peluang yang dimiliki McBurnie menerusi rembatan luar petak pada minit ke 21 tersasar dari gol.
Pasukan lawan terus mengasak dan dua minit berselang, Osborn mempunyai peluang melepaskan rembatan namun ditepis Alisson.
Di hujung babak pertama, usaha Liverpool menjaringkan gol penyamaan berhasil apabila satu hantaran lintang Hendo tepat kepada Mane, namun tandukannya ditepis Ramsdale dan Roberto Firmino mudah menyudahkan follow up itu.
Bersambung babak kedua, kedua dua pasukan memperkemaskan rentak dengan masing masing saling mengatur rentak untuk mencari gol kemenangan.
Liverpool sebenarnya berhasil mencari gol kedua menerusi Mo Salah pada minit ke 62, namun sekali lagi VAR menjadi penentu dengan mendakwa pemain antarabangsa Mesir itu telah ofsaid.
Tetapi ia tidak mematahkan semangat Liverpool yang berjaya memperolehi gol kedua 2 minit selepas itu dengan Diogo Jota menanduk cantik pada jarak dekat selepas menerima hantaran lintang Sadio Mane.
Sheffield United terus menekan Liverpool bagi memburu gol penyamaan dengan Alisson terpaksa menyelamatkan beberapa situasi penting terutama dari gerakan McGoldrick.
Salah sebenarnya mampu menambah gol ketiga namun satu kuisan beliau di minit ke 80 di hadapan gol hanya menyentuh tiang dan bola lantunan itu mudah buat Ramsdale.
Namun kedudukan itu kekal hingga tamat perlawanan dengan kini Liverpool berada di kedudukan kedua EPL di belakang jiran setempat, Everton.
ADMIN
Kemenangan yang amat bermakna buat Liverpool. Sheffield United bukan lawan yang mudah. YNWA.
Comments
Post a Comment