Skip to main content

Fabinho Berkemungkinan Besar Tersisih Hingga Cuti Perlawanan Antarabangsa

Sebelum ini timbul kerisauan pemain itu mengalami kecederaan hamstring gred 3.

Namun hasil pemeriksaan lanjutan mendedahkan bahawa kecederaan yang dialami pemain itu tidaklah teruk seperti yang disangka.

Fabinho telah dikeluarkan pada pertengahan separuh masa pertama berikutan kecederaan tersebut ketika menentang FC Midtyjlland dalam aksi UCL awal pagi Rabu. 

Kecederaan gred 3 untuk hamstring boleh menyebabkan seseorang pemain itu tersisih selama 6 bulan dan ianya memberikan risiko buat Klopp yang telah kehilangan khidmat Virgil Van Dijk sebelum ini. 

Imbasan yang dilakukan terhadap kecederaan Fabinho merupakan gred 1 atau 2, jadi kemungkinan besar beliau akan tersisih hingga cuti perlawanan antarabangsa pada November. 

Tetapi beliau akan tersisih untuk tiga perlawanan selepas ini, dengan menentang West Ham United dan Man City dalam EPL serta menentang Atalanta dalam UCL. 

Ketika ini Klopp mempunyai beberapa pilihan di bahagian pertahanan dengan beliau enggan merisikokan Joel Matip terlebih dahulu dengan pemain itu mula menjalani latihan ringan minggu ini.

Namun Klopp menjangkakan pemain pertahanan itu akan pulih sepenuhnya pada minggu hadapan.

Jordan Henderson merupakan salah satu pilihan beliau walaupun dikeluarkan di separuh masa menentang FC Midtyjlland, dengan kapten Liverpool itu pernah bermain di bahagian pertahanan tengah sebelum ini. 

Selain itu Liverpool juga masih mempunyai khidmat pemain pertahanan muda, Rhys William yang menerima pujian selepas membantu pasukan ketika beliau menggantikan Fabinho dalam aksi UCL. 

Pengurus Liverpool itu juga membayangkan pemain pertahanan Nathaniel Phillips turut dipertimbangkan untuk diturunkan berdasarkan pengalamannya yang beraksi baik ketika dipinjamkan ke kelab Bundesliga sebelum ini. 

ADMIN

Tactical wise, kemungkinan menggunakan Jordan Henderson atau menurunkan Rhys William mungkin adalah pilihan. 

Sumber : David Maddock - Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football