Skip to main content

Analisis : Shaqiri Buktikan Kenyataan Beliau Tepat Namun Taki Dan Divock Mengecewakan

Shaqiri merupakan salah seorang pemain yang menyerlah ketika kemenangan menentang FC Midtyjlland namun dua pemain lagi tidak begitu. 


Shaqiri Membuktikan Keputusan Beliau Untuk Kekal Itu Sesuatu Yang Tepat

Sebelum ini pemain itu dijangka akan meninggalkan Liverpool berikutan peluang yang terhad serta beberapa kelab menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat beliau. 

Hanya satu penampilan dalam skuad dalam masa 10 bulan, beliau dibelenggu dengan kecederaan dan sukar mendapatkan prestasi terbaik untuk bersaing dengan rakan sepasukan. 

Namun Shaqiri mahu mencuba nasibnya, buat kali terakhir dan menolak untuk berpindah dari kelab. 

Dan dalam perlawanan menentang Midtyjlland, beliau membuktikan khidmatnya masih diperlukan kelab ketika ia diperlukan.

Jadual padat dengan 5 pertukaran boleh dilakukan di kempen bolasepak Eropah membolehkan beliau mendapat peluang untuk bermain. Jangkaan luar biasa.

Tiada siapa berhak memperkatakan kualiti yang dimiliki Shaqiri. Dan beliau membuktikan dengan satu hantaran key pass luar petak, ketepatan hantaran yang jitu bagi membebaskan Trent untuk melakukan hantaran kepada Jota menjaringkan gol pendahuluan.

Namun apa yang menjadikan beliau lebih baik yang hampir setanding dengan barisan pemain tengah lain adalah daya usaha beliau dan perlahan lahan mula untuk rajin trackback pemain lawan. 

Shaqiri mungkin akan dipertimbangkan lagi untuk diturunkan secara kerap jika masanya bersesuaian. 

Origi Dan Minamino Bergelut Untuk Mempamerkan Prestasi Terbaik

Kedua dua pemain ini sebenarnya mempamerkan kualiti tersendiri dalam kempen UCL sebelum ini. 

Origi akan sentiasa dikenang di atas sumbangan besar dalam kancah UCL 2018 2019 dengan membantu Liverpool merangkul kejuaraan tersebut manakala Minamino menyerlahkan segala keupayaan yang beliau miliki ketika menentang Liverpool pada musim lepas.

Ketika Jurgen Klopp memberikan peluang untuk penyerang utama berehat sebentar, Minamino diturunkan buat kali ketiga musim ini dan Origi kali kedua - peluang yang sukar diperolehi. 

Apa yang menyedihkan kedua duanya tidak begitu menjadi. 

Origi jelas mengecewakan di sayap kiri meskipun sumbangan beliau kadangkala diselang seli oleh takel keras pasukan lawan yang membuat Klopp agak panas hati di tepi padang. 

Meskipun begitu, sumbangan Minamino lebih mengecewakan dengan first touch beliau yang tidak begitu menjadi. Tambahan pula, beliau menjadi punca beberapa foul selepas melakukan takel lambat hasil kehilangan penguasaan bola yang menyaksikan beliau kecewa dengan persembahan beliau sendiri. 

Berbanding dengan Diogo Jota di sayap kanan, beliau lebih seronok bermain dan menjaringkan gol untuk dua perlawanan berterusan dan kini menjadi pilihan pertama untuk dimasukkan sebagai pemain gantian pada Sabtu ini, walaupun ramai tidak menjangkakan beliau akan bermula dari bangku simpanan. 

Tiada keraguan untuk kualiti yang dimiliki Mo Salah, 7 gol daripada 10 perlawanan dan gol ke 13 dari 17 penampilan di Anfield. Simply the best. 

ADMIN

Mungkin malam itu bukan malam untuk Taki dan Divock. Ada banyak ruang untuk memperbaiki prestasi dan Shaq perlahan lahan mencari prestasi terbaiknya. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football