Skip to main content

Jurgen Klopp : "Nat Phillips Bukanlah Messi, Tetapi Siapa Peduli Mengenai itu?"

Pemain berusia 23 tahun ini diturunkan untuk menyelesaikan krisis kecederaan pertahanan dan digandingkan dengan Gomez ketika menentang West Ham United.


Dan Jurgen Klopp memuji persembahan pemain tersebut ketika Liverpool kehilangan khidmat Virgil Van Dijk, Fabinho dan Joel Matip berikutan kecederaan ketika perlawanan beberapa minggu lepas.

Liverpool dikejutkan dengan jaringan Fornals seawal minit ke 10 perlawanan namun jaringan Mo Salah dan Diogo Jota membolehkan kelab itu meraih 3 mata penuh dalam perlawanan semalam. 

Phillip menghabiskan masa bersama Stuttgart pada musim lepas dengan kelab Germany itu mahukan khidmat beliau lagi namun Klopp gembira melihat pemain itu berjaya bermain dengan baik di kala pasukan Liverpool memerlukannya.

Menurut Klopp : 

"Beliau pemain yang bijak dan sangat bagus. Bukan senang untuk melepasi beliau. Beliau bukanlah Messi tetapi siapa yang ambil peduli mengenai itu?"

"Beliau amat hebat ketika pertembungan bola di udara. Sangat bagus".

"Untuk perlawanan pertama beliau, semua orang menggambarkan kegusaran ketika melihat beliau diturunkan kali pertama. Ianya cerita yang menarik kerana tiga tahun lepas, beliau hampir ke Amerika untuk menyambung pengajian di kolej".

"12 kelab Liga Championship mahukan khidmat beliau dan bagi saya beliau akan meninggalkan kelab, saya okay sahaja namun ianya tidak menjadi kenyataan. Hari ini beliau membuktikan dirinya dan membantu pasukan".

ADMIN

Namun malangnya beliau tidak berdaftar dalam skuad UCL dan berkemungkinan besar Rhys akan bermain dalam perlawanan menentang Atalanta. 

Apapun terbaik Nat Phillip. YNWA.

Sumber : Goal


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football