Skip to main content

Liverpool Umumkan Nama Pusat Latihan Baru Di Kirkby : AXA Training Centre

Liverpool menjalinkan kerjasama dengan syarikat insuran AXA dengan kelab bersedia untuk berpindah dari Melwood selepas perlawanan menentang Man City.


Dan ia akan dikenali sebagai AXA Training Centre.

Pusat latihan baru ini telah disiapkan pembinaannya dan kesemua staf dan pemain akan berpindah ke sana mulai cuti perlawanan antarabangsa pada November, di mana sebelum ini pembinaannya tergendala akibat penularan Covid 19.

Jurgen Klopp sentiasa menantikan untuk menggabungkan pusat latihan pasukan senior dengan akademi di Kirkby di mana FSG telah bersetuju untuk memulakan pembinaan pusat latihan baru itu sejak 2017.

Kerjasama lanjutan bersama AXA ini juga akan melebarkan sayap syarikat insurans terkemuka itu daripada tajaan kit latihan kepada satu fokus yang holistik dalam satu ruang latihan yang lebih besar sebagai penaja rasmi kit latihan yang meliputi semua yang berkaitan dengan Liverpool.

Pusat latihan AXA yang berkeluasan 9,200 meter persegi ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti tiga buah padang berukuran standard, kawasan memanaskan badan dan pusat latihan penjaga gol, fasiliti dalaman seperti dua gym, satu dewan sukan besar, kolam renang, kompleks hydrotherapy dan suite untuk pakar rehabilitasi sukan.

Berikut adalah beberapa foto mengenai pusat latihan baru tersebut. 

Lakaran pusat latihan

Gambaran kawasan latihan

Gym

Kolam renang

Dewan Sukan 

ADMIN

Untuk makluman Melwood telah digunakan sejak zaman Bill Shankly lagi dan kini akan bermula era baru di Kirkby.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan