Skip to main content

Jurgen Klopp Enggan Menerima Kredit Di Atas Pertukaran Diogo Jota Dan Shaqiri

Kedua dua pemain itu menyumbang untuk gol kemenangan Liverpool awal pagi tadi. 


Dalam 15 minit terakhir perlawanan yang ketika itu berkedudukan seri 1 - 1, Klopp membawa masuk Jota dan Shaqiri dengan kedua dua pemain itu memberikan sumbangan untuk gol kemenangan Liverpool.

Ianya merupakan gol keempat Jota sejak menyertai Liverpool dengan harga £41 juta musim panas lepas dan gol ketiganya minggu ini selepas berjaya menjaringkan gol ketika menentang Sheffield United dan FC Midtyjlland. 

Dan Klopp tidak mahukan pujian diberikan kepadanya atas pertukaran pemain itu sebaliknya memuji aksi persembahan dua pemain tersebut dan juga pasukan.

Menurut Klopp :

"Ianya satu keputusan mudah untuk memasukkan Jota dan Shaq ketika itu kerana semasa sesi latihan, mereka bekerja keras dan berada pada prestasi terbaik".

"Diogo buat masa sekarang adalah pemain yang bagus. Kami amat gembira beliau mahu menyertai kami".

"Situasi menang menang, kami membantu beliau dan beliau membantu kami".

Ditanya mengenai skuadnya yang mengharungi satu lagi perlawanan sukar, Klopp menambah :

"Sukar untuk meyakinkan pemain untuk berjuang jika mereka bukan pejuang".

"Ianya mudah bersama pasukan ini untuk menunjukkan cara yang betul untuk melawan kembali".

"Asas kepada semangat pasukan ini adalah karakter dalam diri setiap pemain".

"Kami menunjukkan mereka cara yang betul dan mereka lakukannya. Mereka tidak perlu berada di tahap terbaik, dan di mana mereka mahu dibantu kami akan bantu".

ADMIN

Klopp sedikit pun tidak mahukan pujian dari mana mana pihak. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan