Skip to main content

Statistik Pra Perlawanan : Andy Robertson Menghampiri 100 Penampilan Bersama Liverpool

Jika beliau diturunkan pada hari ini, beliau akan menjadi pemain ke 49 Liverpool yang mencatatkan 100 penampilan bersama kelab. 


Bersama sama Mo Salah, beliau beraksi dalam setiap minit perlawanan dalam kempen EPL musim ini. 

Berikut adalah statistik pra perlawanan menjelang sepakmula Liverpool - Sheffield United :

  • Liverpool telah memenangi 3 perlawanan terakhir pertemuan dengan Sheffield United, dengan menjaringkan 7 gol tanpa balas. 
  • Liverpool memerlukan 3 gol untuk menjaringkan gol ke 10,000 dalam sejarah kelab. Gol pertama Liverpool dijaringkan oleh Jock Smith dalam Lanchashire League menentang Higher Walton pada September 1892, yang dimenangi Liverpool ketika itu dengan jaringan 8 - 0.
  • Liverpool memerlukan dua kemenangan untuk menyamai rekod tanpa kalah kelab di Anfield dengan 63 perlawanan yang dilakukan pada 1978 - 1981 dalam liga. 
  • Mo Salah telah menjaringkan 100 gol buat Liverpool, dan sasaran seterusnya adalah memintas rekod John Barnes dengan 108 gol. 
  • Tiada pemain gantian Liverpool pernah menjaringkan gol ke atas Sheffield United. 
  • Pemain Sheffield United Jack Robinson kekal sebagai pemain termuda yang melakukan penampilan bersama Liverpool dalam liga. Beliau berusia 16 tahun 250 hari ketika melakukan penampilan dari bangku simpanan pada 2009 2010 menentang Hull City. 

ADMIN

Ramalan anda? Diharap Liverpool mampu mencatatkan kemenangan awal pagi esok. YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football