Skip to main content

Jurgen Klopp : "Kami Memerlukan Pemain Yang Cergas, Bukan Tidak Menghormati Lawan"

Pengurus Liverpool itu memberikan respon di atas kesebelasan utama yang diturunkan ketika menentang FC Midtyjlland dalam UCL.


Dan beliau menafikan bahawa beliau tidak gembira dengan pendekatan pasukan lawan sambil memuji barisan pemainnya yang berjuang untuk kemenangan 2 - 0 dalam aksi UCL awal pagi Rabu. 

Jaringan Diogo Jota dan Mo Salah memastikan kemenangan Liverpool ke atas FC Midtjylland untuk membolehkan kelab itu berada di tangga teratas Kumpulan D dalam UCL dengan kelebihan 2 mata dari pencabar terdekat. 

Midtyjlland membuktikan mereka bermain dengan keras apabila 3 daripada pemain mereka dilayangkan kad kuning oleh pengadil dalam separuh masa pertama sahaja. 

Klopp juga naik angin apabila pemain lawan Jens Lys Cajuste melakukan takel lambat ke atas Jordan Henderson dalam perlawanan tersebut dengan Klopp dan Priske hampir bertikam lidah mengenai situasi itu. 

Namun selepas perlawanan, Klopp tidak memanjangkan isu tersebut tetapi sebaliknya memuji pendekatan pasukan lawan yang menyukarkan mereka bermain dengan baik. 

Menurut Klopp :

"Apa yang Midtjylland lakukan adalah sesuatu yang bagus. Saya sukakan corak permainan mereka".

"Saya sukakan cara mereka menyusun strategi, cara mereka bermain dan menimbulkan masalah kepada kami. Saya menghormati mereka".

"Ketika situasi Jordan Henderson itu, kami hanya membincangkan adakah itu foul atau tidak. Tiada lebih daripada itu".

"Saya berpendapat Midtyjlland mahu membuktikan sesuatu kepada kami dan ianya benar. Mereka adalah lawan yang sukar".

Klopp juga menafikan bahawa beliau memandang rendah kepada lawan dengan merombak kesebelasan utama termasuk merehatkan pemain penyerang utama Liverpool di bangku simpanan. 

Tambah Klopp :

"Jika anda menonton perlawanan kami dan merasai situasi kami, ianya bukan tidak menghormati lawan".

"Pemilihan kesebelasan utama adalah disebabkan kami memerlukan pemain yang cergas. Kami memerlukan pemain yang segar kerana dalam kejohanan ini pertukaran boleh dilakukan sebanyak 5 kali".

"Perlawanan ini sangat sengit, mereka menekan kami dengan cepat dan mencipta beberapa peluang hingga kami sukar bertenang".

"Dari sudut persembahan individu, Div tidak bermain dalam jangkamasa lama dan okay buat perlawanan ini. Shaq bermain 90 minit penuh dan melakukan tugas dengan cemerlang. Taki bermain dengan okay tetapi sukar menyesuaikan diri dalam perlawanan".

"Namun kami harus melawan balik dan itu yang kami lakukan".

ADMIN

Ianya untuk mengurangkan risiko kecederaan, mempelbagaikan taktikal dan memberi peluang semua pemain bermain.

Jadual Liverpool sangat padat sebenarnya.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football