Liverpool akan melayani kunjungan FC Midtjylland dalam kempen UCL awal pagi esok.
Dan ketiga tiga pemain itu masih tersisih berikutan kecederaan ketika Liverpool melayani kunjungan kelab dari Denmark tersebut.
Sebelum ini ketiga tiga pemain itu juga tersisih berikutan kecederaan ketika perlawanan menentang Sheffield United yang berakhir dengan kemenangan 2 - 1.
Sebelum ini Thiago telah mengalami kecederaan ketika perlawanan Merseyside Derby apabila menerima terjahan keras Richarlison di babak akhir perlawanan.
Pemain Everton itu dilayangkan kad merah sejurus selepas itu dan Thiago bermain seperti biasa hinggalah memaklumkan kepada Klopp beliau mengalami kecederaan selepas perlawanan.
Perlawanan masa penuh Matip dalam Merseyside Derby itu juga menyebabkan beliau ke hospital untuk menjalani imbasan dan mengalami kecederaan tidak serius namun beliau tidak akan diturunkan dalam perlawanan awal pagi esok.
Ini bermakna Liverpool akan menggandingkan semula Fabinho dan Joe Gomez di bahagian pertahanan sambil menyaksikan Virgil akan tersisih dalam tempoh lama.
Kali terakhir Keita melakukan penampilan adalah ketika kekalahan teruk kepada Aston Villa, namun beliau menjalani latihan sebelum menentang Ajax minggu lepas.
Namun pemain Guinea itu tidak akan diturunkan dalam perlawanan kedua UCL ini dengan Liverpool mahu mencatatkan kemenangan berterusan.
Ditanya mengenai peluang pemain ini diturunkan, Klopp berkata :
"Saya tidak fikir begitu".
"Ianya sama seperti minggu lepas, kami akan menilai situasi mereka dari hari ke hari. Mereka memerlukan beberapa hari lagi untuk pulih dan kemungkinan esok mereka belum bersedia sepenuhnya".
Liverpool juga akan turun tanpa khidmat Alex Oxlade Chamberlain dan Kostas Tsimikas.
ADMIN
Mungkin barisan pemain yang diturunkan lebih kurang sama dengan barisan pemain ketika menentang Sheffield United.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment