Skip to main content

"Masa Depan Yang Cerah Buat Diogo Jota" - Jurgen Klopp

Pemain antarabangsa Portugal itu menjaringkan gol kemenangan untuk Liverpool mengatasi Sheffield United 2 -1.


Diogo Jota menjaringkan gol kedua peribadinya sejak menyertai Liverpool dari Wolves dan Klopp menggambarkan masa depan yang amat cerah buat pemain ini. 

Jurgen Klopp merombak taktikal dengan meletakkan formasi 4 - 2 - 3 - 1 dengan meletakkan Salah, Mane, Firmino dan Jota dalam kesebelasan utama sekaligus. 

Pengurus Liverpool itu juga menyatakan pemain bernilai £41 juta itu sedang menyesuaikan diri dengan sistem di Liverpool namun mengakui teruja dengan perkembangan Diogo Jota selama sebulan di Liverpool. 

Menurut Klopp :

"Jika beliau kekal cergas di usia 23 tahun jadi masa depan beliau akan kekal cerah di sini. Kami memerlukan kualiti yang dimiliki beliau dan saya amat gembira beliau dapat menyesuaikan diri di sini".

"Beliau pemain yang bagus. Sebab itu kami membawa beliau ke sini. Saya bersama staf kejurulatihan selepas perlawanan dan kami melihat beliau adalah pemain yang baik dan disenangi oleh semua orang di sini".

"Pemain itu sendiri amat pantas, berfizikal, tegap, terbaik ketika perebutan bola di udara, kawalan bola menarik, jadi sememangnya beliau mempunyai kualiti tersendiri untuk membantu pasukan".

"Beliau masih menyesuaikan diri di sini kerana apa yang kami lakukan di sini mungkin berbeza dari apa yang beliau lakukan dahulu".

"Tetapi apa yang beliau lakukan di Wolves hampir menyamai apa yang kami lakukan di sini, dan benar beliau pemain yang bagus dan ini cuma gambaran mengenai kualiti yang beliau miliki".

Jota sebelum ini juga diturunkan di separuh masa kedua menentang Ajax dalam aksi UCL bersama sama Takumi Minamino dan juga Xherdan Shaqiri. 

Dan Klopp menjelaskan pilihan yang ramai buat masa sekarang di mana menyaksikan Liverpool meraih 13 mata buat masa sekarang dan berada di belakang Everton. 

Tambah Klopp : 

"Malam ini kita melihat 4 pemain serangan digandingkan dan anda melihat sendiri bagaimana bagusnya Shaq ketika di Amsterdam dan Taki semakin menunjukkan prestasi yang baik".

" Ini menunjukkan kami mempunyai banyak pilihan di bahagian serangan manakala di bahagian tengah ada sesetengah posisi yang kita boleh ubah".

"Kami berpendapat bahawa sistem harus diubah sebelum perlawanan dan bukan ketika perlawanan berlangsung".

"Jadi kami melakukan keputusan dan Diogo menjaringkan gol yang agak baik. Beliau terlibat secara langsung dan beliau boleh melakukan yang lebih baik lagi".

ADMIN

Kita menjangkakan Diogo Jota akan lebih menyesuaikan diri dalam pasukan selepas ini. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan