"Ianya Keputusan Alisson Sendiri" - Jurgen Klopp Dedahkan Perubahan Taktikal Menentang Sheffield United
Penjaga gol antarabangsa Brazil itu melakukan comeback yang mengejutkan setelah tersisih tiga perlawanan akibat kecederaan.
Dan Jurgen Klopp mendedahkan Liverpool telah membuat rombakan taktikal untuk perlawanan ini sekaligus menyatakan ianya kehendak Alisson sendiri untuk diturunkan dalam perlawanan ini.
Selain itu Liverpool telah menggunakan formasi 4 2 3 1 kali ini berbanding 4 3 3 bagi melayani kunjungan The Blades pada awal pagi semalam.
Diogo Jota diberikan peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama di mana beliau bermain di sayap kiri, manakala Mo Salah bermain selaku penyerang dan Firmino sebagai second striker.
Perubahan itu membuahkan hasil apabila Firmino menamatkan kemarau jaringannya manakala Jota melengkapkan kebangkitan Liverpool selepas ketinggalan 1 gol di awal separuh masa pertama.
Ditanya mengenai perubahan formasi tersebut, Klopp berkata :
"Ianya sangat bagus. Diogo boleh bermain di pelbagai posisi jika kami menggunakan formasi yang sebelumnya".
"Ianya seperti; bagaimana kami mengubahnya, bagaimana kami bermain, bagaimana kami melakukan sepanjang perlawanan dan bagaimana kami memberikan mereka masalah".
"Sheffield United mempunyai kelebihan kerana telah melakukan persiapan sepanjang minggu ini".
"Mereka boleh berlatih 12 situasi bola mati dalam masa seminggu manakala kami hanya dapat menjalani sesi pemulihan selepas perlawanan".
"Dengan sedikit perubahan ini kami berharap dapat memberikan sedikit gangguan terhadap rentak permainan mereka".
"Ia tidak melibatkan perubahan besar. Hanya lebih banyak menyerang. Itu sahaja".
"Kami meletakkan Mo di posisi berbeza dan beliau bermain dengan baik. Mo dan Sadio bermain dengan baik namun tidak menjaringkan gol. Sadio sukar dikawal dalam situasi 1 lawan 1. Mo sangat progresif di antara dua garisan pertahanan, dan dua pemain lain menjaringkan gol".
Manakala Alisson kembali menjaga gawang Liverpool selepas tersisih tiga perlawanan akibat kecederaan bahu.
Terdapat khabar sebelum ini beliau akan tersisih lebih dari 6 minggu namun beliau mendakwa telah pulih dan diturunkan semalam.
Tambah Klopp :
"Adrian telah melakukan tugas dengan baik namun mendapatkan kembali Alisson adalah sesuatu yang kami harapkan".
"Semenjak beliau tersisih tiga minggu lepas, ianya seperti 15 perlawanan kami bermain tanpa beliau".
"Saya amat gembira beliau menyatakan telah bersedia dan itu adalah keputusannya".
"Saya tidak dapat melakukan keputusan samada beliau masih sakit apabila beliau merebahkan diri atau apa sahaja, namun itu adalah keputusan beliau sendiri".
ADMIN
Keputusan sendiri dari Alisson. Dan hanya dibolosi menerusi sepakan penalti. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment