Jaringan kemenangan Diogo Jota ketika menentang Sheffield United mendekatkan Liverpool dengan hanya satu jaringan lagi untuk mencecah 10,000 gol dalam sejarah kelab.
Dan ianya mungkin dicapai ketika kelab itu bertemu dengan pasukan dari Denmark yang kali terakhir bertemu sejak 25 tahun dahulu.
Berikut adalah statistik pra perlawanan menjelang sepakmula Liverpool - Midtjylland awal pagi esok :
- Liverpool hanya diundi dua kali menentang pasukan dari Denmark sepanjang kejohanan Eropah. Pada 1983 1984, Liverpool menewaskan Odense dalam kejohanan Piala Eropah dengan agregat 6 - 0 namun pada musim 1995 - 1996, Liverpool disingkirkan Brondby dalam kancah UEFA Cup.
- Kali terakhir Liverpool memenangi perlawanan dua kali berterusan dalam Peringkat Kumpulan UCL adalah pada musim 2008 2009, dengan menewaskan Marseille 2 - 1 dan PSV Eindhoven 3 - 1.
- Gol sendiri oleh Nicolas Tagliafico minggu lepas adalah gol ke 250 Liverpool dalam era UCL.
- Mo Salah menjaringkan 12 gol di Anfield dalam 16 perlawanan sahaja. Hanya Steven Gerrard menjaringkan gol lebih dari beliau dengan 18 gol.
- Mo Salah berkongsi kedudukan gol dengan Ian Rush dalam kejohanan Eropah, 20 gol. Steven Gerrard mencatatkan 41 gol manakala Michael Owen 22 gol.
- Sadio Mane pernah berhadapan dengan FC Midjtylland 5 tahun lepas ketika bersama Southampton dalam kancah Europa League.
- Ini merupakan penyertaan pertama FC Midjtylland dalam kancah UCL setelah melepasi halangan 3 pusingan kelayakan.
- Kelab itu setakat ini telah berhadapan dengan 3 kelab Inggeris; Man City, Southampton dan Man United. Mereka berjaya memenangi sekurang kurangnya satu perlawanan menentang ketiga tiga kelab.
- Mereka menjuarai liga Denmark dengan kelebihan 14 mata dari pencabar terdekat, FC Copenhagen.
- Ketua jurulatih FC Midtyjlland, Brian Priske telah menentang Liverpool sebanyak 3 kali ketika bersama Portsmouth pada 2005 - 2006. Beliau tewas dalam ketiga tiga perlawanan.
ADMIN
Ramalan anda? Apapun YNWA.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment