Salah satu pengendali rangkaian pelancongan terkemuka di dunia ini telah menjalinkan kerjasama dengan kelab, sekaligus merupakan penjana baru yang terpapar di lengan jersi.
Kehadiran logo Expedia di lengan kiri baju Liverpool telah bermula sejak perlawanan Merseyside Derby lagi.
Selaku rakan perjalanan buat Liverpool, Expedia akan mengadakan kempen yang berfokus kepada akses terhadap pemain, hari perlawanan dan kandungan jenama kelab. Expedia juga fokus menerusi komunikasi bagaimana pelancong akan mengetahui, menempah dan menikmati perjalanan mereka seperti pelancongan untuk memastikan mereka memaksimakan pengalaman mereka setelah bolasepak dan pelancongan akan pulih sepenuhnya.
Menurut pengarah pemasaran, Matt Scammell :
"Saya melihat sinergi yang baik antara Liverpool dan Expedia, sebagai sebuah organisasi yang mementingkan sokongan antara satu sama lain. Di mana mereka tidak perlu risau akan perjalanan mereka atau mengetahui akan sentiasa ada orang ke 12 memantau mereka di setiap langkah".
"Saya amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama bersama Expedia dan melihat kerjasama ini bakal membantu peminat kami di seluruh dunia apabila kita dapat merasai semula kebebasan bolasepak dan melancong semula".
Menurut Adam Jay selaku presiden dan pengarah pemasaran :
"Kami amat teruja apabila Expedia merupakan rakan kerjasama pelancongan rasmi untuk Liverpool FC".
"Apabila kita dapat menikmati semula perjalanan secara normal nanti, kami akan berusaha untuk menjadi rakan perjalanan terbaik untuk Reds dan peminat mereka sekaligus memastikan di mana sahaja mereka berada, mereka tidak akan berjalan bersendirian".
ADMIN
Jika anda perasan, logo Expedia sudah mula dipasang di jersi pemain Liverpool.
Welcome abroad, Expedia.
Sumber : Liverpool FC
Comments
Post a Comment