Skip to main content

Diogo Jota Jaringkan Gol Kemenangan Untuk The Reds Atasi West Ham 2 -1

Sebelum itu buat kesekian kalinya Liverpool ketinggalan sebelum Mo Salah menyamakan kedudukan di separuh masa pertama.


Liverpool turun dalam aksi EPL kali ini dengan menentang West Ham United dan membariskan Nat Phillips untuk berpasangan dengan Joe Gomez dan Curtis Jones diturunkan juga.

Manakala West Ham United membariskan pemain utama mereka seperti Jarred Bowen dan Declan Rice tetapi tanpa kehadiran penyerang berbisa mereka Michail Antonio akibat kecederaan.


West Ham hanya memerlukan masa 10 minit sahaja untuk mendahului di Anfield apabila Gomez yang melakukan tandukan clerance, tepat kepada Fornal untuk disudahkan dengan rembatan leret menewaskan Alisson. 

Liverpool sebenarnya sukar untuk menyerang dengan lawan amat agresif menekan setiap pergerakan pemain The Reds, dengan peluang terbaik diperolehi menerusi rembatan leret Hendo namun keluar pada minit ke 24.

Minit ke 36 menyaksikan satu hantaran lintang Mane tepat untuk Robbo melepaskan satu voli namun tinggi melewati palang gol. 

Namun Liverpool dianugerahkan sepakan penalti apabila Mo Salah dijatuhkan Masuaku di kawasan petak penalti, dan tiada masalah untuk pemain dari Mesir itu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 40.

Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool lebih agresif dalam kawalan permainan hingga memaksa West Ham lebih banyak bertahan.

Namun sekali sekala West Ham juga mengasak Liverpool dengan peluang terbaik dimiliki Fornal pada minit ke 65, namun dihadang oleh Robertson di hadapan gol. 

Klopp mula mencatur strategi dengan mengeluarkan Curtis Jones dengan Firmino dan memasukkan Shaqiri dan Diogo Jota pada minit ke 69. 

Perubahan itu menjadikan Liverpool lebih agresif dengan formasi baru, dan Salah hampir memperoleh peluang untuk menambah gol pada minit ke 73 hasil lay off Mane namun tinggi melewati palang. 

Minit ke 73 menyaksikan Jota menyumbat gol hasil pergelutan penjaga gol dan Sadio Mane, tetapi pengadil melihat VAR semula dan mendapati Mane mengasari penjaga gol terlebih dahulu sekaligus membatalkan jaringan Jota. 

Tetapi akhirnya Jota berjaya menjaringkan gol kedua Liverpool, hasil gerakan cantik Wijnaldum - Trent dan disusuli hantaran terus luar petak Shaq untuk Jota melakukan larian dan menolak bola masuk pada minit ke 84. 

Dan Liverpool terus menguasai perlawanan dan kekal bertahan hingga wisel penamat sekaligus melonjakkan Liverpool di tangga teratas liga buat masa sekarang. 

ADMIN

3 mata yang bermakna untuk Liverpool. YNWA.

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan