Skip to main content

Perkembangan Terkini Kecergasan Sadio Mane

Sadio Mane dikeluarkan selepas sejam permainan dan dilihat paha beliau berbalut dengan ais. 


Namun Klopp menolak kemungkinan bahawa Sadio Mane akan tersisih berikutan kecederaan ketika kemenangan kelab itu ke atas Ajax awal pagi tadi. 

Jaringan sendiri oleh Nicolas Tagliafico pada minit ke 35 sudah memadai untuk memberikan Liverpool 3 mata dalam perlawanan menentang Ajax. 

Menerusi rakaman kamera, kaki Mane sedang dibalut dengan ais selepas dikeluarkan dan digantikan dengan Diogo Jota. 

Menurut Klopp :

"Sadio masih belum pulih sepenuhnya dari dead leg. Namun beliau dapat mengharunginya".

"Ianya masih sakit namun ianya bukan masalah besar. Jika beliau tidak bermain, beliau akan meletakkan ais pada kakinya".

Liverpool harus menguruskan pasukan mereka dengan kecederaan beberapa pemain seperti Naby Keita dan Curtis Jones adalah antara muka baru yang diberikan peluang untuk beraksi awal pagi tadi. 

Dan Jurgen Klopp mendedahkan mengapa beliau tidak menurunkan Jordan Henderson lebih awal.

"Pertukaran Curtis Jones dengan Jordan Henderson adalah untuk taktikal. Pihak perubatan menyatakan beliau tidak boleh bermain awal namun untuk 45 minit adalah sesuatu yang ideal. Dan itu sebab mengapa Hendo dimasukkan".

"Kami mahukan pemain berpengalaman di atas padang ketika itu dan yang bermain dahulu tetap membantu pasukan".

ADMIN

So tiada kerisauan buat kecergasan Mane. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football