Skip to main content

Liverpool Mulakan Kempen UCL 2020 - 2021 Dengan Kemenangan 1 - 0 Ke Atas Ajax

Gol tunggal hasil jaringan sendiri Nicolas Tagliafico memastikan The Reds membawa pulang tiga mata dari Netherland.


Jurgen Klopp kali ini melakukan rombakan dalam kesebelasan utama apabila menggandingkan Fabinho - Joe Gomez di bahagian pertahanan sambil merehatkan Jordan Henderson untuk memberi laluan kepada Milner. 

Manakala Ajax membariskan nama nama seperti Blind, Neres, Dusan Tadic dan Davy Klassen dalam kesebelasan utama mereka. 


Kedua dua pasukan memulakan perlawanan dengan bertenaga dengan mencipta beberapa gerakan di awal perlawanan. 

Ajax memperolehi peluang awal untuk mendahului hasil hantaran lintang dari sebelah kanan namun tandukan Martinez tepat ke dakapan Adrian pada minit ke 15.

5 minit kemudian, Ajax melakukan satu lagi serangan pantas namun kali ini menyaksikan rembatan leret dari Kudus tersasar. 

Peluang terbaik dimiliki Ajax apabila satu hantaran leret dari Neres membebaskan Promes yang menggantikan Kudus, untuk membuka gol tetapi kuisan jarak dekat beliau diselamatkan oleh Adrian pada minit ke 33.

Tetapi Liverpool terlebih dahulu meraikan jaringan pendahuluan seminit selepas itu dengan satu rembatan Mane terkena kaki pemain pertahanan Ajax Nicolas Tagliafico dan menyaksikan bola bergolek ke dalam gawang. 

Liverpool terus memburu gol kedua dengan seminit selepas itu, Mo Salah mempunyai peluang dengan melepaskan rembatan namun dihadang pemain Ajax dan follow up dari Firmino dikeluarkan pertahanan pada minit ke 35.

Ajax hampir pasti menjaringkan gol penyamaan apabila kuisan Promes menewaskan Adrian di minit ke 42 dan menuju ke gol namun Fabinho bertindak cemerlang mengeluarkan bola sebelum menerjah jaring ke gol. 

Perlawanan separuh masa berakhir dengan Liverpool mendahului 1 gol. 

Babak kedua menyaksikan Henderson dimasukkan menggantikan Curtis Jones, dan Ajax terus menyerang ke kubu Liverpool tanpa membuang masa. 

Minit ke 46 menyaksikan rembatan padu Davy Klassen menyentuh tiang sebelum keluar, sebelum giliran Promes menguji Adrian dengan tepisan keluar hasil rembatan leret pada minit ke 58. 

Jurgen Klopp melakukan tiga pertukaran sekaligus dengan memasukkan Diogo Jota' Takumi Minamino dan Xherdan Shaqiri untuk menggantikan trio serangan utama. 

Minamino hampir menambah gol buat Liverpool pada minit ke 69 menerusi satu rembatan luar petak tetapi ditepis penjaga gol Ajax. 

Minit ke 73 menyaksikan Wijnaldum hampir juga menambah gol menerusi tandukan jarak dekat hasil sepakan sudut namun sedikit tinggi melewati palang. 

Di lewat minit permainan, satu hantaran terus Jota membebaskan Wijnaldum yang hanya berhadapan dengan penjaga gol tetapi ditepis keluar dan gerakan cantik dari kanan oleh Shaq untuk Minamino juga digagalkan penjaga gol 

Serangan Ajax di masa kecederaan juga tidak membuahkan gol penyamaan dan membolehkan Liverpool membawa pulang 3 mata berharga dari Amsterdam. 

ADMIN

Kemenangan yang bermakna buat Liverpool dalam kancah UCL hari ini. YNWA. 


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football