Skip to main content

"Dari Non League Ke Pentas UCL" : Komen Jurgen Klopp Mengenai Debut Rhys Williams

Beliau menggambarkan keriangan yang terpancar dalam mata pemain berusia 19 tahun itu. 


Dan Klopp mencabar pemain muda itu untuk mengambil peluang di atas yang telah diberikan berikutan kecederaan Virgil Van Dijk ketika ini. 

Williams sebelum ini telah dipinjamkan ke kelab Kidderminister Harrier, diturunkan dalam lewat perlawanan menentang Ajax dalam UCL sekaligus menambah masa minit permainan beliau dari dua perlawanan sebelumnya. 

Klopp menerusi sidang media : 

"Ianya satu jalan cerita yang bagus. Saya melihat beliau amat gembira dan bermain dengan bagus ketika itu".

"Beliau berbakat besar - beliau bukan sahaja berbadan tegap namun berbakat dan saya amat gembira beliau berada di sini".

"Beliau sebelum ini bermain di kelab non league - jadi beliau merasakan ini sangat istimewa".

Williams merupakan salah seorang daripada tiga pemain pertahanan muda yang terlibat dengan latihan di Melwood, bersama sama Nat Phillips dan juga Billy Koumetio. 

Tambah Klopp :

"Nat Phillips dan Billy Koumetio turut berada di kelab, jadi mereka akan terus menjalani latihan di sini".

"Sebelum ini kami memikirkan perpindahan untuk Nat Phillips tetapi ia tidak menjadi kenyataan di saat akhir. Sebelum ini kami membawa Nat Phillips dari Stuttgart untuk satu perlawanan menentang Everton dan beliau melakukan tugasan itu dengan baik".

"Ianya salah satu jalan penyelesaian buat kami dan banyak membantu kelab. Mereka sangat bagus dan ini merupakan peluang untuk mereka. Semuanya berkaitan dengan peluang terbaik yang dimiliki pada masa yang tepat".

"Untuk Rhys, ianya minit permainan pertama untuk beliau dalam kancah UCL".

ADMIN

Pendedahan sedikit demi sedikit untuk Rhys Williams. YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan