Skip to main content

Jurgen Klopp Berikan Peluang Alisson, Thiago Dan Matip Untuk Membuktikan Kecergasan

Thiago dan Matip mengalami kecederaan ketika perlawanan Merseyside Derby yang berakhir dengan kontroversi. 


Dan Klopp akan memberikan peluang ketiga tiga pemain itu untuk membuktikan kecergasan mereka menjelang pertemuan dengan Sheffield United esok. 

Liverpool telah menaikkan moral pasukan dengan mencatatkan kemenangan 1 - 0 ke atas Ajax dalam aksi UCL awal pagi Khamis. 

Ketika ini Alex Oxlade dan Virgil masih mengalami kecederaan jangka panjang manakala Kostas Tsimikas dijangka akan kembali menjalani latihan pada minggu hadapan.

Namun Klopp akan menunggu hingga petang Jumaat untuk memastikan pemain tersebut telah cergas sepenuhnya sekaligus berada dalam pasukan untuk menentang The Blades.

Menurut Klopp :

"Selain dari Oxlade dan Virgil, Kostas hampir pulih namun tidak semua akan menyertai skuad untuk esok atau perlawanan seterusnya dan kita akan melihat situasi mereka dari hari ke hari".

"Terdapat banyak perbincangan dengan unit perubatan siapa yang boleh bermain dan siapa yang masih terlalu awal untuk diturunkan".

"Jika seseorang pemain itu mengalami kecederaan untuk 2 minggu, mereka akan terlepas lima perlawanan walaupun ianya tidak serius"

"Saya tidak tahu siapa yang boleh bermain. Pemain yang bermain dua hari lepas semuanya dalam keadaan baik. Namun lain lain saya harus melihat semula".

Ianya bermakna Alisson, yang kini menjalani latihan individu sejak Isnin lepas mungkin mempunyai peluang untuk bermain semula yang sebelum ini mengalami kecederaan bahu. 

Ditanya secara spesifik mengenai situasi Thiago dan Matip, Klopp berkata :

"Saya tidak tahu. Kami mempunyai sesi latihan selepas sidang media ini dan mengetahui siapa yang akan menjalani latihan".

"Mereka hanya dipertimbangkan untuk diturunkan jika menjalani sesi latihan".

"Dalam situasi saya, saya tidak akan mengugurkan mereka dari pasukan jika pasukan perubatan tidak berkata apa apa mengenai mereka. Buat masa sekarang tiada siapa memberitahu saya dan ketiga tiga pemain itu mungkin dalam pertimbangan untuk diturunkan".

ADMIN

Masih ada peluang untuk diturunkan. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football