Skip to main content

Liverpool Dalam Dilema Selepas Real Madrid Berminat Dengan Roberto Firmino?

Pemain antarabangsa Brazil ini merupakan antara pemain penting buat skuad Liverpool sejak beberapa tahun lepas.


Namun Liverpool terpaksa berdepan dengan keputusan sukar musim panas hadapan dengan Real Madrid didakwa berminat untuk mendapatkan pemain itu. 

Beliau yang menyertai Liverpool sejak 2015, menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika menentang Sheffield United minggu lepas dan merupakan pemain yang diminati oleh kebanyakan peminat Liverpool.

Namun sejak akhir akhir ini beliau dikritik kerana kurang menjaringkan gol dan hanya menjaringkan 9 gol dalam kempen EPL musim lepas. 

Salah satu tabloid Spain, Todofichajes mendakwa Real Madrid berminat untuk membawa pemain itu ke Kota Madrid.

Akhbar itu juga mendakwa Real Madrid bersedia untuk membelanjakan wang pada musim panas hadapan selepas mengamalkan sikap perbelanjaan berhemah musim ini ketika dunia dilanda wabak Covid 19.

Dan terdapat juga dakwaan Firmino mungkin bersetuju setelah meraih hampir semua trofi kejuaraan major bersama Liverpool sebelum ini. 

Ini meninggalkan Liverpool dan Klopp satu dilema samada mahu membenarkan Firmino menyertai kelab lain atau tidak. 

Dari sudut lain, Firmino telah meletakkan kedudukannya sebagai salah seorang pemain terpenting dalam sistem Klopp sejak menyertai dari Hoffenheim. 

Kebolehan teknikalnya itu adalah aset besar buat Liverpool dengan kelab tidak mempunyai pemain lain sebagus Firmino. 

Terdapat juga dakwaan bahawa Firmino kini berusia 29 tahun, dan beliau berada di kemuncak prestasi dan dijangka tiada unsur tambah nilai dalam prestasi semasanya.

Selain itu ada juga memberikan pandangan bahawa Sadio Mane dan Mo Salah mempunyai naluri menyerang yang lebih jitu, selain dari kehadiran Takumi Minamino dan Diogo Jota yang semakin menyerlah sekaligus kehilangan Firmino adalah sesuatu yang tidak dirasai.

Dengan kontrak beliau yang akan tamat pada 2023, musim panas hadapan merupakan musim panas penentu untuk menjual salah satu pemain penting demi mendapatkan dana bagi membawa masuk pemain lain. 

Namun segala galanya terpulang kepada Real Madrid untuk mengemukakan tawaran rasmi bagi pemain itu dalam masa beberapa bulan lagi. 

ADMIN

Adakah Klopp sanggup melepaskan enjin serangan Liverpool ini? Sukar rasanya.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football