Diogo Jota menjaringkan gol ke 10,000 Liverpool sepanjang zaman dan Mo Salah menambah gol kedua menerusi sepakan penalti lewat perlawanan.
Liverpool selaku Juara England bertemu dengan Juara Denmark awal pagi ini membariskan kesebelasan utama yang terdiri dari pemain simpanan.
Manakala FC Midtyjlland pula membariskan skuad terbaik mereka untuk perlawanan ini.
Pasukan pelawat terlebih dahulu mencipta peluang apabila pemain sayap mereka, Dreyer melepasi perangkap ofsaid dan berhadapan dengan Alisson tetapi berjaya dinafikan penjaga gol itu seawal minit 2 perlawanan.
Manakala percubaan ke gol yang kedua oleh Sisto menerusi sepakan percuma luar petak dari bucu pada minit ke 7 juga tepat ke Alisson.
Perlawanan berlangsung dengan agak berhati hati selepas itu dengan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.
Namun Liverpool terpaksa melakukan pertukaran awal apabila pemain pertahanan Fabinho terpaksa dibawa keluar berikutan kecederaan pada minit ke 29.
Beliau digantikan oleh pemain muda Rhys William dan perlawanan berlangsung tanpa sebarang percubaan tepat dari Liverpool hingga tamat separuh masa pertama.
(Ramai yang terlelap agaknya masa ni )
Bersambung babak kedua, Klopp mengeluarkan Jordan Henderson dan memasukkan Gini Wijnaldum.
Namun Liverpool tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan pendahuluan apabila Shaqiri melakukan satu lorongan cantik untuk TAA berada di half spaces, dan disusuli hantaran lintang pendek untuk disudahi Diogo Jota pada minit ke 54.
Sejurus selepas itu, Klopp mula memasukkan Sadio Mane dan Mo Salah serta mengeluarkan Origi dan Minamino untuk menambah sengat serangan pada minit ke 59.
Hanya pada 15 minit terakhir barulah perlawanan menjadi rancak sedikit namun gagal membangunkan sebahagian peminat yang tertidur tadi, dengan satu percubaan jarak dekat pasukan lawan tetapi hanya sipi dari pintu gol LFC pada minit ke 77.
Untuk menambahkan perisa serangan, Firmino dimasukkan bagi menggantikan Diogo Jota pada minit ke 80.
Firmino hampir memberikan impak terus dalam perlawanan apabila menyambar hantaran pendek TAA di hadapan gol namun malangnya rembatan beliau melewati palang pada minit ke 87.
Peluang terbaik FC Midtyjlland untuk menyamakannkedudukan hadir pada minit 89 apabil beliau melepasi Gomez dan melakukan chip pendek di hadapan gol tetapi terkena side netting.
Dengan perlawanan berbaki beberapa minit masa tambahan untuk tamat, Liverpool diberikan sepakan penalti apabila larian Mo Salah ke hadapan gol dibentes pertahanan lawan dan pengadil tidak teragak agak memberikan sepakan penalti.
Dan Mo Salah menyempurnakan sepakan itu bagi memberikan kemenangan mutlak 2 perlawanan UCL untuk menduduki tangga teratas liga.
ADMIN
Perlawanan yang bertempo perlahan namun kita masih berjaya beroleh kemenangan. YNWA
Comments
Post a Comment