Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Joel Matip Tersisih Sepanjang Musim Ini Berikutan Kecederaan

Pemain pertahanan tengah Liverpool ini dikeluarkan ketika perlawanan Merseyside Derby berikutan kecederaan pada kaki.  Joel Matip tersisih hingga hujung musim ini. Foto : Gettyimages Dan pemain pertahanan ini dijangka tidak akan bermain dalam baki 7 perlawanan lagi dengan Liverpool telah mengesahkan kejuaraan liga.  Menurut Matip menerusi Liverpool FC : "Musim ini saya tidak akan sempat pulih untuk membantu pasukan tetapi musim hadapan diharap saya dapat kembali lebih awal untuk membantu pasukan". Dengan ini Klopp hanya mempunyai 3 pemain pertahanan senior untuk baki perlawanan musim ini, dengan Dejan Lovren sebagai back up untuk Virgil Van Dijk dan Joe Gomez.  Setelah memainkan peranan penting bersama sama Van Dijk pada musim lepas dalam merangkul kejuaraan UCL, beliau hanya melakukan 9 penampilan sahaja untuk musim ini.  Perlawanan Merseyside Derby yang ke 236 itu merupakan perlawanan kompetitif pertamanya sejak mengalami kecederaan lutut sejak

Kenyataan Emre Can Ketika Meninggalkan Liverpool Mula "Memakan Diri"

Beliau bersama The Reds sejak 2014 hingga 2018 dan kemudian menyertai Juventus secara perpindahan percuma. Emre Can ketika di Juventus. Foto : Gettyimages Dan kenyataan beliau dahulu kini hampir memakan dirinya sendiri setelah Liverpool menjuarai EPL pada Khamis lepas. Beliau masih menyimpan rahsia sebenar sebelum itu, mengapa beliau mahu sangat meninggalkan Liverpool sedangkan kelab menuju ke arah yang lebih positif di bawah Jurgen Klopp. Dan akhirnya beliau memecahkan rahsia sendiri apabila berhasrat meninggalkan Liverpool kerana mahu menjulang trofi.  Can menerusi Liverpool Echo : "Saya mendapat banyak tawaran dari pasukan yang bagus". "Saya membuat keputusan untuk ke Juventus kerana mereka merancang satu projek yang besar di sini. Mereka menyasarkan sesuatu yang besar. Saya mahu terlibat dalam projek ini". "Saya amat gembira di sini. Saya tahu bagaimana corak permainan Juventus dan saya banyak menonton perlawanan mereka ta

Jurgen Klopp Menjelaskan Mengenai Pelan Perpindahan Musim Panas Hadapan

Beliau menjangkakan musim perpindahan yang agak senyap pada kali ini.  Skuad Liverpool telah dinobatkan sebagai juara EPL pada musim 2019 2020. Foto : Gettyimages Dan Klopp mengakui kelab tidak akan mampu membelanjakan berjuta juta selepas ini namun yakin ia tidak akan menghalang kelab itu mencatatkan kejayaan.  Beliau risau akan impak kewangan yang disebabkan penularan Covid 19 akan berlanjutan selama berbulan bulan sekaligus memberikan impak kepada semua kelab di EPL.  Walaupun beliau dijangka tidak melakukan perpindahan mega pada musim ini, namun beliau yakin Liverpool berada dalam kedudukan terbaik untuk berjuang mengekalkan kejuaraan.  Menurut Klopp : "Ianya mengenai impak kewangan yang bakal berlaku berikutan krisis coronavirus. Ianya bukan sahaja mengenai bolasepak, anda kena bayar segala bil di akhirnya". "Tiada siapa tahu akan jumlah bil yang kita akan terima. Diharap ianya segera berakhir namun kita tidak boleh memandang rendah akan

Neco Williams Layak Diberikan Ruang Untuk Beraksi Dalam Skuad Utama - TAA

Pemain bek kanan itu juga menekankan dua kualiti yang dimiliki Neco.  Neco Williams kini hampir diserapkan dalam skuad utama LFC. Foto : Gettyimages Williams melakukan penampilan pertama dalam EPL setelah beliau menggantikan Trent sendiri pada perlawanan menentang Crystal Palace yang dimenangi The Reds dengan 4 - 0. Ianya merupakan satu kejayaan kecil buat pemain muda berasal dari Wales itu, dengan ketika ini telah melakukan penampilan pertama sejak Oktober lepas dan melakukan 5 penampilan dalam kejohanan piala domestik.  Trent apabila ditanya apakah persamaan yang dimiliki beliau dengan Neco yang lebih junior, beliau berkata : "Kemahuan untuk belajar dan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa". "Anda dapat lihat beliau sentiasa mahu memperbaiki diri beliau dan belajar perkara baru walaupun perkara kecil, seperti pemain muda lain. Saya berpendapat tiada tempat yang lebih baik dari belajar di Liverpool, dan diberi peluang untuk membuktika

Statistik Sadio Mane Yang Kekal Sejak Beliau Menyertai Liverpool 4 Tahun Lepas

Beliau berhijrah dari Southampton ke Liverpool dengan nilai £34 juta pada 28 Jun 2016, dengan merupakan salah satu perpindahan paling bernilai dicatatkan kelab buat masa sekarang. Sadio Mane merupakan salah satu tunjang serangan pasukan Liverpool buat masa sekarang. Foto : Gettyimages Sebelum menyertai Liverpool, Sadio Mane telah menjaringkan 25 gol dari 75 penampilan bersama The Saint sepanjang dua musim di sana. Jurgen Klopp telah memantau perkembangan pemain ini sejak di RB Salzburg dan cuba mendapatkan Sadio Mane ketika bersama Borussia Dortmund.  Sebahagian peminat merasakan pembelian setinggi £34 juta itu amat berbaloi walaupun pada awalnya kemampuan beliau diragui ketika bermain untuk satu kelab dengan nama yang besar seperti Liverpool.  Namun mereka silap.  Sejak menyertai Liverpool 4 tahun lepas, Mane merupakan sebahagian dari skuad yang memenangi UCL, UEFA Supercup, Club World Cup dan EPL. Selain dari pencabar terdekat untuk meraih anugerah Pemain Ter

Southampton Memberikan Mesej "Seloroh" Kepada Peminat Liverpool Terhadap Danny Ings

Bekas pemain Liverpool itu menjaringkan gol ke 20 dan 21 beliau musim ini selepas Southampton mencatatkan kemenangan ke atas Watford 3 - 1. Danny Ings menjaringkan 2 gol ke atas Watford pada perlawanan semalam. Foto : Gettyimages Dan laman Twitter rasmi Southampton menyatakan Danny Ings "bukan untuk dijual" secara berseloroh terhadap salah seorang komen peminat Liverpool.  Pemain antarabangsa England itu berhijrah dari Liverpool ke Southampton dengan nilai £20 juta musim lepas setelah dipinjamkan selama semusim ke kelab itu dan musim ini beliau turut berada di tahap yang lebih baik.  Sejak bolasepak disambung selepas tertangguh 3 bulan, Ings telah menjaringkan 3 gol dari 3 penampilan dan dilihat rentak sentuhan beliau tidak berubah sejak sebelum ini. Dan selepas kemenangan ke atas Watford, laman Twitter rasmi Southampton membalas ciapan salah seorang peminat Liverpool yang bertanya samada mereka boleh membawa balik pemain itu. Ianya berbunyi : Anda d

Permintaan Andy Robertson Ditunaikan - Liverpool Kembali Jalani Latihan Pada Hari Ahad

The Reds kembali menjalani latihan pada Ahad, 2 hari selepas dinobatkan sebagai juara EPL. Kegembiraan terpancar pada wajah setiap pemain LFC di Melwood. Foto : Liverpool FC Namun ia tidak bermakna musim ini telah selesai buat mereka. Mereka telah mencipta sejarah dengan mendakap kejuaraan dengan berbaki 7 perlawanan liga, mengatasi pasukan lain sebelumnya namun mereka sedang mengintai untuk memecahkan rekod lain dalam EPL. Salah satunya adalah untuk memecahkan rekod 100 mata Man City, di mana kini 14 mata diperlukan dari 21 perlawanan yang dilalui. Percubaan untuk memecahkan rekod itu bermula dengan menentang Man City di Etihad pada awal pagi Jumaat hadapan. Dan beberapa intipati sesi latihan kali ini mendapat perhatian : 1. Permintaan Robbo Ditunaikan Para pemain Liverpool meraikan kejuaraan sejak Khamis lepas, dan Robertson mengakui terdapat satu permintaan yang ditunaikan. "Kami cuba untuk memujuk boss supaya memberikan kami cuti selama dua har

Mikel Arteta Mahu Jadikan Jurgen Klopp Sebagai Inspirasi Membina Semula Arsenal

Namun pengurus Arsenal itu tahu ianya bukan semudah "potong dan tampal" ketika Klopp membina pasukan Liverpool dari bawah.  Mikel Arteta memegang tampuk pengurus dari Unai Emery musim ini. Foto : Gettyimages Dan Arteta melontarkan pujian buat Jurgen Klopp yang meletakkan asas untuk kejayaan kelab itu terlebih dahulu sama seperti beliau mahu membina skuad Arsenal ketika ini.  Namun beliau tahu ianya bukan tugas mudah Klopp dalam proses membina Liverpool yang kini dinobatkan sebagai juara EPL untuk musim 2019 2020. Menurut Arteta :  "Liverpool adalah salah satu contoh terbaik bagaimana ianya dilakukan. Namun ia memerlukan kerja keras dan banyak keputusan yang tepat untuk semua pihak". "Pertama sekali anda harus percaya dengan apa yang anda lakukan dan melihat samada keputusan anda selaras dengan apa yang anda percaya". "Dari sana anda akan melakukan satu keputusan, dari segi rekrutmen pemain untuk membolehkan jurulatih menen

Jurgen Klopp : Jersi Berwarna "Merah" Amat Sesuai Untuk Sancho. Tapi ......

Kenyataan pengurus Liverpool itu menimbulkan spekulasi di kalangan penyokong The Reds. Jadon Sancho kini bersama Borussia Dortmund. Foto : Sky Sports Jurgen Klopp yang baru baru ini membawa Liverpool mengecapi kejuaraan liga buat kali pertama sejak 30 tahu  menyatakan sesuatu mengenai pemain Dortmund itu.  Bercakap menerusi Bild, Jurgen Klopp berkata : "Jersi merah amat sesuai buat Jadon Sancho". "Namun saya tidak fikir perpindahan itu akan berlaku pada musim panas hadapan". "Beliau merupakan pemain yang menarik. Jika beliau berpindah ke Liverpool, saya adalah individu yang terkejut ke atas perpindahan itu". Pemain berusia 20 tahun itu adalah pemain yang dipandang tinggi sekarang di Bundesliga selepas melalui musim terbaiknya sekali lagi di Bundesliga. Beliau dikaitkan dengan perpindahan semula ke England". ADMIN Selagi tak bergambar di Liverpool sambil pegang jersi, anggap je itu gurauan Klopp.  Sumber : Liverpo

Pep Guardiola Mengesahkan Pelan Man City Memberikan "Guard Of Honor " Liverpool FC

Beliau mengakui Liverpool telah memecahkan dominasi mereka dalam bolasepak Inggeris dan mereka akan memberi tabik hormat kepada Liverpool.  Peminat Liverpool menyalakan suar selepas kelab itu sah dinobatkan juara EPL. Foto : Gettyimages Dan Pep Guardiola juga mengesahkan bahawa mereka akan memberikan "guard of honor" buat Liverpool namun sebagai penghormatan dan bukan kasih sayang terhadap kelab itu.  Pemain Man City akan memberikan penghormatan itu ketika perlawanan antara Man City dan Liverpool pada hari Khamis hadapan.  Menurut Pep : "Kami akan melakukan Guard Of Honor ketika itu. Kami akan sentiasa menerima Liverpool dengan cara tersendiri ketika mereka bertandang ke sini". "Sudah pasti kami akan melakukan ini. Sebab mereka layak menerimanya". Dan pihak kelab mengesahkan kenyataan Pep itu merujuk kepada insiden penyokong Liverpool terhadap bas Man City ketika pertembungan kedua dua pasukan dalam aksi UCL ketika 2017 2018.

Kenyataan Bersama Liverpool FC, Polis Merseyside Dan Majlis Bandaraya Liverpool

Sepanjang minggu lepas Liverpool FC telah bekerjasama dengan Polis Merseyside, Majlis Bandaraya Liverpool dan kelab peminat "Spirit Of Shankly" untuk mengingatkan penyokong bahawa wilayah itu belum lagi pulih dari wabak Covid 19 dan menyeru peminat untuk meraikan kejayaan menjuarai EPL dengan cara yang selamat.  Namun beberapa ribu peminat telah berkumpul di kawasan Pier Head pada Jumaat 26 Jun dan memilih untuk mengabaikan penjarakan sosial serta merisikokan keselamatan awam.. Bandaraya ini belum pulih dari masalah wabak dan sikap sebegini amat tidak boleh diterima.  Potensi bahaya gelombang kedua Covid 19 masih tinggi dan kita harus bekerjasama untuk menbendung wabak ini dengan tidak melakukan apa apa perkara di luar dugaan dengan wilayah ini masih dalam perintah berkurung.  Dan bila ianya sudah selamat, pihak kami akan mengatur acara untuk perarakan dan semua pihak dijemput hadir untuk meraikannya. Namun ketika ini, keselamatan bandar dan penghuninya a

"The Unsung Hero" - Tom Werner Memberikan Pujian Terhadap Sumbangan Michael Edwards

Berikutan kejuaraan EPL yang dimenangi pada minggu ini, pengerusi Liverpool itu melontarkan pujian kepada staf di balik tabir dan juga Klopp. Michael Edwards merupakan Sporting Director Liverpool FC. Foto : Gettyimages Tom Werner menyatakan pujian kepada Michael Edwards sebagai salah seorang hero yang tidak didendangkan sempena  Liverpool berjaya mengesahkan kejuaraan liga sejak 30 tahun apabila pencabar terdekat mereka Man City tewas 2 - 1 kepada Chelsea.  Di saat peminat melihat Klopp dan anak buahnya menewaskan lawan satu demi satu untuk memperolehi kejayaan, tanpa sedar Michael Edwards merupakan mastermind di belakang tabir kejayaan kelab itu buat masa sekarang.  Edwards tiba di Liverpool sebagai Ketua Unit Perkembangan Prestasi dan Analisis pada 2011 dan dinaikkan ke jawatan Sporting Director pada 2019. Antara tugas beliau adalah menjual pemain yang berprestasi sederhana seperti Christian Benteke dan Jordon Ibe, sambil membawa masuk beberapa pemain yang bo

Bila Tarikh Liverpool Akan Menerima Trofi EPL Setelah Sah Sebagai Juara

Kini segala galanya sudah terjawab bilakah skuad Jurgen Klopp akan menerima trofi EPL yang dimenangi mereka.  Liverpool sah dinobatkan juara EPL bagi musim 2019 2020 Ketika ini Liverpool telah memecahkan rekod sebagai pasukan paling cepat dinobatkan juara dalam EPL dengan berbaki 7 perlawanan liga.  Trofi itu akan ke Anfield setelah Man City tewas kepada Chelsea awal pagi Jumaat dengan keputusan 2 - 1. Liverpool terpaksa menanti sehingga Jun untuk sah dinobatkan sebagai juara EPL berikutan bolasepak ditangguhkan akibat penularan Covid 19 sejak 14 Mac lepas.  Namun peminat tertanya bilakah Liverpool akan menerima trofi EPL tersebut. Premier League telah mengesahkan bahawa Liverpool akan menerima trofi berprestij itu pada perlawanan terakhir mereka di Anfield, iaitu menentang Chelsea. Pasukan yang membantu secara tidak langsung untuk memberikan trofi itu ke Liverpool.  Dijadualkan perlawanan itu akan berlangsung pada 18 Julai.  Persiapan telah dibincangka

Liverpool Sahkan Nathaniel Clyne Meninggalkan Kelab - Termasuk Beberapa Pemain Akademi

Beliau bakal dilepaskan dengan kontrak yang hampir tamat akhir bulan ini.  Nathaniel Clyne menyertai Liverpool pada 2015. Foto : PA Clyne telah melakukan 103 penampilan bersama kelab dan menjaringkan 2 gol, sejak berpindah dari Southampton pada 2015. Beliau telah melakukan penampilan sebanyak 52 kali dalam musim pertama bersama Liverpool, dan ketika Klopp mula mula memegang tampuk sebagai ketua jurulatih dengan ketika itu mara ke final Piala Liga dan Final Europa League.  Klopp menggambarkan beliau ketika itu sebagai "mesin" kerana prestasi pemain itu dan tenaga yang dimiliki beliau.  Musim seterusnya menyaksikan beliau memberikan persembahan baik dengan melakukan 37 penampilan dari 38 perlawanan liga untuk memastikan Liverpool layak ke kelayakan UCL untuk musim 2017 2018. Namun sedihnya kecederaan telah membelenggu beliau selepas itu yang menyaksikan beliau hanya melakukan 10 penampilan dari 3 musim seterusnya, selain daripada menghabiskan baki musim

Liverpool Secara Rasmi Adalah Kelab Paling Berjaya Di England

Perbandingan kejuaraan dan trofi yang dimenangi oleh The Reds berbanding Man United.  Ketika ini Klopp telah memenangi 4 kejuaraan major sejak menjadi pengendali Liverpool. Foto : Sky Sports Difahamkan Liverpool merupakan kelab paling berjaya di England dalam sejarah bolasepak Inggeris.  Selama ini peminat pasukan terutama Man United dan Liverpool saling berbalah untuk menentukan kelab yang paling berjaya dengan menambah atau mengurangkan kejuaraan mengikut citarasa mereka bagi membuktikan kelab yang disokong itu sangat berjaya.  Namun setelah skuad Klopp sah dinobatkan sebagai juara EPL 2019 2020, tiada yang boleh memyangkal dengan Liverpool kini memperolehi 48 kejuaraan major ketika ini.  Dari aspek kejuaraan domestik, Liverpool kini memperolehi 19 kejuaraan liga, 7 kejuaraan Piala FA dan 8 kejuaraan Piala Liga ( sekarang orang panggil Carabao Cup / Piala Kerbau ) Kejuaraan di seluruh Eropah pula memperlihatkan Liverpool memperolehi kejuaraan Eropah / UCL

Jurgen Klopp Dedikasikan Kejuaraan EPL Untuk Peminat Dan Lagenda Kelab

Kejayaan ini diraikan bersama untuk bekas pengurus seperti Joe Fagan, Bob Paisley dan Bill Shankly serta Steven Gerrard.  Jurgen Klopp meraikan kejayaan dengan beberapa figura lagenda sebagai inspirasi. Foto : Gettyimages  Beliau menganggap beberapa figura lagenda itu terlibat dalam membina kelab hingga berjaya mencatatkan kejayaan sekarang.  Kekalahan Man City 2 - 1 ke atas Chelsea membolehkan Liverpool merangkul gelaran itu di mana ianya disaksikan dan diraikan sendiri oleh pemain Liverpool di salah sebuah hotel.  Menurut Klopp menerusi LFC.TV : "Mesej saya, kejayaan ini untuk anda di luar sana dan diharap anda dapat merasainya". "Ianya untuk semua. Kenny Daglish dan Graeme Souness, saya telah bercakap dengan mereka dan sangat positif. Terima kasih kepada mereka kerana membina kelab dengan cara mereka sendiri dahulu". "Ianya terbina oleh Fagan, Shankly dan Paisley. Kepada pemain seperti Steven Gerrard yang membina kelab dengan kak

Satu Lagi Momen Indah Yang Kita Semua Takkan Lupakan - Jordan Henderson

Liverpool sah dinobatkan sebagai juara EPL setelah Chelsea menewaskan Man City.  Jordan Henderson merupakan kapten Liverpool yang akan menjulang EPL musim ini. Foto : Gettyimages Dan kapten itu menyatakan ini merupakan saat terindah kelab yang mereka tidak akan lupakan selepas ini.  Jordan Henderson merupakan sebahagian pemain yang membantu skuad melalui musim cemerlang dalam liga, dengan bersama sama rakan dan staf pasukan meraikan kejayaan itu setelah kejuaraan disahkan.  Kemenangan Chelsea ke atas Man City dengan jaringan 2 - 1 mengakhiri penantian selama 30 tahun kelab untuk kejuaraan liga. Menurut Henderson menerusi BT Sports : "Mengagumkan. Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini hingga saat ini. Sangat mengagumkan kerana kami berjaya melakukannya". "Saya amat gembira dengan rakan sepasukan, kelab, peminat dan bandaraya ini. Saya agak teruja buat masa sekarang. Sangat berbangga dengan apa yang saya lakukan". Pemain Liverp

Penantian 30 Tahun Berakhir : Liverpool Sah Juara EPL 2019 2020!

Chelsea menewaskan Man City 2 - 1 dalam perlawanan EPL di Stamford Bridge awal pagi ini. Willian menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti untuk menewaskan Man City. Foto : Gettyimages Sebelum perlawanan ini berlangsung, Liverpool mempunyai kelebihan 23 mata dari pencabar terdekat Man City setelah menewaskan Crystal Palace pada hari sebelumnya.  Skuad Jurgen Klopp hanya kehilangan 7 mata sahaja musim ini dengan mencatatkan 28 kemenangan liga setakat ini dan hanya memerlukan 2 mata untuk bergelar juara EPL dalam masa 30 tahun.  Dan kemenangan Chelsea ke atas Man City memadamkan sisa sisa perjuangan skuad Pep Guardiola untuk mencabar kedudukan Liverpool yang kini berada di tangga teratas liga.  Ini bermakna Liverpool telah disahkan sebagai juara bolasepak England sebanyak 19 kali sekaligus mengakhiri penantian 30 tahun.  Liverpool cuma keciciran mata ketika menentang Man United, dengan merasai kekalahan pertama hanya pada 29 Februari ke atas Watford da

Perlawanan Antara Man City vs Liverpool Akan Berlangsung Di Etihad

Terdapat dakwaan sebelum ini perlawanan yang berpotensi menjadi "Title Decider" atau "Guard Of Honor" ini bakal dimainkan di stadium berkecuali.  Etihad akan menjadi venue perlawanan Man City - Liverpool. Foto : Gettyimages Dan Liverpool juga berpeluang untuk memasuki stadium ini selaku juara baru, sekiranya Man City gagal memenangi perlawanan ke atas Chelsea pada awal pagi esok.  Namun Liverpool juga berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara EPL di halaman seteru mereka ketika sebelum ini skuad kendalian Pep Guardiola adalah juara dua musim berterusan. Sebelum ini pihak berkuasa telah mempersoalkan di mana perlawanan ini akan berlangsung berikutan kekhuatiran kedua dua penyokong akan berkumpul di luar stadium.  Berikut adalah kenyataan rasmi dari Council Safety Advisory Group (SAG) : "Pihak SAG telah berkunjung ke Etihad Stadium pagi ini untuk melakukan penilaian menjelang perlawanan antara Man City dan Liverpool". "Berik

Statistik Fabinho Ketika Menentang Crystal Palace Serupa "Permainan Video"

Pemain tengah Brazil itu memberikan salah satu persembahan terbaik dan dominan yang pernah dilakukan beliau bersama Liverpool dalam EPL.  Reaksi Fabinho selepas menjaringkan gol cantik dari luar petak. Foto : Gettyimages The Reds membelasah Crystal Palace 4 - 0 dan boleh menjuarai liga jika Chelsea menewaskan Man City atau sekurang kurangnya seri dengan skuad Pep Guardiola itu.  Fabinho merupakan salah seorang pemain yang menyerlah dalam perlawanan itu, menjaringkan gol menerusi rembatan jarak jauh serta menyumbang satu assist dalam perlawanan itu.  Secara fakta, beliau melengkapkan hantaran jauh secara total, gagal menyempurnakan sekali hantaran dan memenangi bola sebanyak 6 kali. Untuk pemain tengah pertahanan, statistik ini sememangnya bagus. Berikut adalah statistik dari Statman Dave : Maksudnya : 100% ketepatan hantaran jauh 98% ketepatan hantaran 6/6 takel 4 mendapat semula bol 2 pintasan 1 bantuan gol 1 gol Sebelum ini prestasi

Respon Klopp Mengenai Kenyataan Pep Guardiola - "Baik Dia Pergi Main Poker!"

Pengurus Liverpool itu meragui Pep Guardiola akan merehatkan sebahagian pemain utamanya dalam perlawanan menentang Chelsea. Jurgen Klopp dan Pep Guardiola. Sumber : Gettyimages Juara bertahan EPL itu akan menentang The Blues di Stamford Bridge pada awal pagi esok, dengan kurang 72 jam sebelum sepak mula menentang Newcastle United dalam aksi Suku Akhir Piala FA 2019 2020. City mesti mencatatkan kemenangan ke atas skuad Frank Lampard untuk sekurang kurangnya menghidupkan peluang mencabar Liverpool di tangga teratas liga, yang kini mempunyai kelebihan 23 mata dari Man City.  Apabila Klopp ditanya mengenai kenyataan Pep yang mahu merehatkan sebahagian bintangnya, beliau berkata : "Apa? Beliau berkata begitu? Baik beliau main poker sahaja". "Man City - saya amat menghormati mereka". "Corak permainan mereka, saya amat sukakan. Ianya berbeza dengan kami. Dan amat jauh berbeza. Kami tidak boleh menjadi Man City". "Kami mungkin

Media : Highlight Perlawanan Liverpool FC 4 Crystal Palace 0

Trent Alexander Arnold, Mo Salah, Fabinho dan Sadio Mane masing masing menyumbang gol untuk The Reds membenam Crystal Palace awal pagi tadi.  Jaringan pembukaan oleh Trent Alexander Arnold. Foto : Gettyimages Ini merupakan kemenangan pertama Liverpool selepas liga disambung sekaligus menghampiri gelaran juara EPL musim ini.  Saksikan : ADMIN Rembatan Fabinho dianggap Peter Drury sebagai "Bolt Of Lightning". Padu.  Sumber : Stadium Astro

Sudah Tiba Masanya Kami Mahu Menjuarai Liga Perdana Inggeris - Mo Salah

Respon Mo Salah apabila ditanya wartawan bagaimana rasa apabila kalungan pingat kejuaraan itu diberikan selepas ini.  Mo Salah ketika ditemubual wartawan selepas perlawanan Liverpool - Crystal Palace. Foto : Gettyimages Liverpool dan Mo Salah sememangnya mengetahui mereka hanya memerlukan 2 mata lagi untuk bergelar juara EPL selepas 30 tahun dan faham mereka akan dinobatkan "juara tanpa turun bermain" sekiranya Man City gagal menewaskan Chelsea awal pagi esok.  Mo Salah menjadi salah satu penjaring gol ketika menewaskan Crystal Palace 4 - 0 di Anfield awal pagi tadi.  Ditanya bagaimana perasaan beliau yang semakin hampir untuk dikalungkan pingat kejuaraan liga, Mo Salah berkata :  "Ianya sangat mengagumkan!" "Sejak saya tiba di sini saya mahu menjuarai EPL di kelab dan bandaraya ini. Sudah lama mereka tidak memenanginya - mungkin tahun lepas kami mempunyai peluang itu". "Namun Man City beraksi dengan bagus dan layak memenang

Liverpool Semakin Mendekati Gelaran Liga : Belasah Crystal Palace 4 - 0 Di Anfield

Gol dari "Black Lives Matter" Trent Alexander Arnold, Mo Salah, Fabinho dan Sadio Mane membawa The Reds selangkah untuk mendakap kejuaraan liga, dengan keputusan bergantung kepada perlawanan Chelsea - Man City esok.  Fabinho melakukan jaringan gol jarak jauh ke atas Palace. Foto : Gettyimages Jurgen Klopp melakukan rombakan dengan memasukkan pemain utama terbaiknya dalam perlawanan pertama di Anfield selepas liga tertangguh pada Mac lepas.  Mo Salah dan Andy Robertson disenaraikan kembali dalam kesebelasan utama Manakala skuad Roy Hodgson menyenaraikan pemain utama seperti Wilfried Zaha.  Crystal Palace menurun Ayew tanpa kehadiran beberapa pemain utama seperti Milivojevic dan Benteke. Liverpool memulakan perlawanan kali ini dengan lebih garang apabila Wijnaldum hampir membuka jaringan seawal minit 7, hasil hantaran Henderson dan kuisan tidak kemas pertahanan Palace namun keluar sedikit dari pintu gol.  Selang 2 minit, giliran Henderson menerima