Skip to main content

Liverpool Sahkan Nathaniel Clyne Meninggalkan Kelab - Termasuk Beberapa Pemain Akademi

Beliau bakal dilepaskan dengan kontrak yang hampir tamat akhir bulan ini. 

Nathaniel Clyne menyertai Liverpool pada 2015. Foto : PA
Clyne telah melakukan 103 penampilan bersama kelab dan menjaringkan 2 gol, sejak berpindah dari Southampton pada 2015.

Beliau telah melakukan penampilan sebanyak 52 kali dalam musim pertama bersama Liverpool, dan ketika Klopp mula mula memegang tampuk sebagai ketua jurulatih dengan ketika itu mara ke final Piala Liga dan Final Europa League. 

Klopp menggambarkan beliau ketika itu sebagai "mesin" kerana prestasi pemain itu dan tenaga yang dimiliki beliau. 

Musim seterusnya menyaksikan beliau memberikan persembahan baik dengan melakukan 37 penampilan dari 38 perlawanan liga untuk memastikan Liverpool layak ke kelayakan UCL untuk musim 2017 2018.

Namun sedihnya kecederaan telah membelenggu beliau selepas itu yang menyaksikan beliau hanya melakukan 10 penampilan dari 3 musim seterusnya, selain daripada menghabiskan baki musim secara pinjaman di Bournemouth. 

Selain Clyne, beberapa pemain Akademi akan turut meninggalkan kelab pada Jun hadapan iaitu Dan Atherton, Isaac Christie Davies, Shamal George, Kai Mckenzie - Lyle, Jack Walls, Alex Turner dan Abel Rodrigues. 

ADMIN

Good luck Nathaniel Clyne dan beberapa pemain Akademi. YNWA. 

Sumber : Liverpool FC

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan