Respon Mo Salah apabila ditanya wartawan bagaimana rasa apabila kalungan pingat kejuaraan itu diberikan selepas ini.
Mo Salah ketika ditemubual wartawan selepas perlawanan Liverpool - Crystal Palace. Foto : Gettyimages |
Liverpool dan Mo Salah sememangnya mengetahui mereka hanya memerlukan 2 mata lagi untuk bergelar juara EPL selepas 30 tahun dan faham mereka akan dinobatkan "juara tanpa turun bermain" sekiranya Man City gagal menewaskan Chelsea awal pagi esok.
Mo Salah menjadi salah satu penjaring gol ketika menewaskan Crystal Palace 4 - 0 di Anfield awal pagi tadi.
Ditanya bagaimana perasaan beliau yang semakin hampir untuk dikalungkan pingat kejuaraan liga, Mo Salah berkata :
"Ianya sangat mengagumkan!"
"Sejak saya tiba di sini saya mahu menjuarai EPL di kelab dan bandaraya ini. Sudah lama mereka tidak memenanginya - mungkin tahun lepas kami mempunyai peluang itu".
"Namun Man City beraksi dengan bagus dan layak memenanginya ketika itu. Mereka menjuarainya namun kini tiba masa kami pula untuk menjuarainya".
Ditanya apakah beliau lakukan ketika perlawanan Chelsea vs Man City esok, Salah berkata :
"Saya akan bermain bersama anak perempuan saya".
Trent Alexander Arnold membuka jaringan di Anfield sebelum Mo Salah menambah gol untuk Liverpool mendahului 2 - 0.
Manakala Fabinho dan Mane masing masing menyumbat gol untuk The Reds mencatatkan kemenangan 4 - 0.
Manakala Jurgen Klopp pula berkata :
"Bayangkan stadium ini dipenuhi penonton pada hari ini. Jika semua peminat merasainya, ianya sungguh mengagumkan".
"Saya tidak berfikir kami akan bermain sebaik ini kerana anak buah saya bermain seperti ada penonton di stadium".
"Suasana yang pasti hebat".
ADMIN
Kita menantikan saat itu bersama sama semua individu di Liverpool. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Tapi jangan nak tekejo kejo sangat nak scored goal tu.. Jangan nak tamak sangat.. Pass pass sikit..
ReplyDeleteMohd fairus shahar musibat
ReplyDelete